Kumpulan pertama 483 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci hari ini
SEPANG: Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Turut serta dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah yang berlepas pada 5.30 pagi itu, ialah 13 petugas media yang akan membuat liputan sepanjang musim haji kali ini.
Majlis pelepasan di Kompleks Tabung Haji KLIA itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Operasi haji yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Syed Saleh berkata. antara
cabaran yang perlu ditempuh bakal haji ialah cuaca panas yang boleh
mencecah 50 darjah Celcius, terutama ketika wukuf.
Selain itu, katanya, pihaknya turut melakukan beberapa perubahan, antaranya menyediakan pek makanan sedia dimakan atau “ready to eat” bagi kemudahan para jemaah.
Beliau berkata, penyediaan pek makanan itu akan memastikan hanya makanan baru dihidangkan kepada bakal haji selain menjimatkan masa dan mengelak pembaziran.
“Makanan jenis ini hanya perlu dipanaskan dengan air panas sebelum dihidang dan ini tentunya boleh mengurangkan pembaziran kerana ia dimasak berdasarkan permintaan atau bilangan jemaah yang ada pada waktu makan tersebut.
“Untuk projek rintis ini, kita sediakan tidak lebih 3 jenis makanan sahaja seperti nasi beriani dan nasi lemak, dan akan ditambah jika mendapat maklum balas memuaskan daripada para jemaah,” katanya.
Turut serta dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah yang berlepas pada 5.30 pagi itu, ialah 13 petugas media yang akan membuat liputan sepanjang musim haji kali ini.
Majlis pelepasan di Kompleks Tabung Haji KLIA itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Operasi haji yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.
Selain itu, katanya, pihaknya turut melakukan beberapa perubahan, antaranya menyediakan pek makanan sedia dimakan atau “ready to eat” bagi kemudahan para jemaah.
Beliau berkata, penyediaan pek makanan itu akan memastikan hanya makanan baru dihidangkan kepada bakal haji selain menjimatkan masa dan mengelak pembaziran.
“Makanan jenis ini hanya perlu dipanaskan dengan air panas sebelum dihidang dan ini tentunya boleh mengurangkan pembaziran kerana ia dimasak berdasarkan permintaan atau bilangan jemaah yang ada pada waktu makan tersebut.
“Untuk projek rintis ini, kita sediakan tidak lebih 3 jenis makanan sahaja seperti nasi beriani dan nasi lemak, dan akan ditambah jika mendapat maklum balas memuaskan daripada para jemaah,” katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.