Amanah pegang janji Anwar ganti PM - Salahuddin
Amanah berpegang pada perjanjian bahawa Presiden PKR, Anwar Ibrahim
akan dilantik sebagai perdana menteri kelapan, kata timbalan
presidennya, Salahuddin Ayub.
"Keputusan itu sudah termaktub dalam perjanjian awal Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Anwar sebagai pengganti selepas itu," katanya dipetik Bernama.
Salahuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas banyak pihak terutama di peringkat pimpinan yang mahu Amanah mengemukakan pendirian tentang perkara itu.
"Kita menerima Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai pengerusi PH maka kita bersama-sama secara konsensus telah menulis perjanjian itu bahawa Perdana Menteri ketujuh adalah Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di Seri Iskandar hari ini.
Bagaimanapun Salahuddin berkata tempoh peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar tidak dibincangkan secara spesifik dalam perjanjian itu yang disaksikan pimpinan tertinggi dalam Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.
Sementara itu Bernama melaporkan kerajaan Perak tidak menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Dr Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Asmuni Awi berkata bagaimanapun pihaknya perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan bagi memastikan tujuannya tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
"Setakat ini tiada sebarang permohonan untuk membawa Dr Zakir ke Perak jadi tidak timbul soal Perak membenarkan atau tidak," katanya.
"Keputusan itu sudah termaktub dalam perjanjian awal Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Anwar sebagai pengganti selepas itu," katanya dipetik Bernama.
Salahuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas banyak pihak terutama di peringkat pimpinan yang mahu Amanah mengemukakan pendirian tentang perkara itu.
"Kita menerima Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai pengerusi PH maka kita bersama-sama secara konsensus telah menulis perjanjian itu bahawa Perdana Menteri ketujuh adalah Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
"Tidak
timbul masalah hendak fikir kembali atau membuat cadangan baharu.
Perjanjian itu masih kekal dan Amanah akan pastikan kita masih berpegang
lagi kepada perjanjian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di Seri Iskandar hari ini.
Bagaimanapun Salahuddin berkata tempoh peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar tidak dibincangkan secara spesifik dalam perjanjian itu yang disaksikan pimpinan tertinggi dalam Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.
Sementara itu Bernama melaporkan kerajaan Perak tidak menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Dr Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Asmuni Awi berkata bagaimanapun pihaknya perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan bagi memastikan tujuannya tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
"Setakat ini tiada sebarang permohonan untuk membawa Dr Zakir ke Perak jadi tidak timbul soal Perak membenarkan atau tidak," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.