https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dr Zakir Naik, apa khabar Kedah ?



1. Suhu politik negara sedang dihangatkan dengan isu DZN yang disulami dengan api pekauman dan setimen agama.

2. Antara lainnya, ia bermula dengan berbalas kenyataan antara beberapa pihak yang tidak senang dengan DZN dan pihak DZN sendiri, yang antara kemuncaknya adalah drama 'halau menghalau' antara kedua pihak. 

3. DZN punya methodologi dakwah tersendiri, ia berlaku dalam bentuk perdebatan dan dialoq lintas agama dan ideologi. Methodologi yang dipilih oleh beliau secara umumnya diterima secara pro dan kontra oleh masyarakat Muslim dunia termasuklah di kalangan penganut Islam dan para sarjananya di India.

4. Apa kaitan DZN dengan Kedah ? Pada bulan April yang lalu, DZN telah hadir di Kedah dan telah dibenarkan untuk menyertai program di Universiti Utara Malaysia [UUM], ertinya Kedah tidak elergik dengan DZN.

5. Tapi, apabila ditanya "sekiranya ada pihak ingin membawa DZN ke Kedah pada ketika ini, apakah Kedah akan membenarkan ?". Sudah tentulah berdasar latarbelakang dan sistuasi yang sedang berlaku kini, pihak berkuasa agama perlu menimbang semula 'kebenaran yang pernah diberikan'?

6. 'Apakah salah DZN?', boleh jadi DZN tak bersalah, namun ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Kelantan untuk turut 'memarakkan' lagi api perkauman dan agama di kalangan rakyat Kedah.

 Siapakah mereka ? Kenyataan untuk membuka Stadium Darulaman adalah jawapannya.

7. Apakah kehadiran DZN di Kedah adalah satu 'keutamaan'? sehingga perlu dipolemikkan?. Saya katakan kalaulah tidak kerana boleh 'sambil menyelam boleh minum sekali' nescaya pihak yang 'nak buka stadium' untuk DZN itu pun tidak berminat menganjurkan dialoq Dr Zakir.

8. Kenapa exco Agama Kedah ambil tindakan untuk 'membekukan' [kalaupun ada yang nak bawa] program Dr Zakir di Kedah?. Kerana YB Exco Agama difahamkan dan memahami kaedah تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة [tidakan - polisi dan program - pemimpin ke atas rakyat [ditimbang] dengan pertimbangan maslahah]. Tak kan orang yang nak buka pintu Stadium tak faham kaedah ini.

9. Apa maslahahnya ? Keharmonian, kedamaian dan pengurusan kepelbagaian dengan baik adalah maslahah utama yang perlu dipertahankan !.

10. Apakah keharmonian akan tergugat dengan kedatangan DZN di Kedah ? Ya, bukankah kenyataan DZN di Kelantan telah mencarik keharmonian tersebut ?. Mungkin kerana itulah, Mufti Perlis yang merupakan kawan karib DZN pun tak benarkan DZN berucap di Perlis. Bukan kerana benci dan batil TETAPI kerana maslahah.

Benda tak payah, jangan dok ghosot

Ridzwan Abu Bakar
Pengarah Komunikasi
AMANAH Kedah

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.