Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menggesa pendakwah Dr Zakir Naik
tidak menyentuh kepercayaan agama lain dan isu kesetiaan masyarakat
India terhadap kepimpinan negara.
Setiausahanya, S Barathidasan
berkata Zakir seharusnya menghormati hak asasi manusia dan tidak
mengeluarkan kenyataan mengenai kaum dan agama yang boleh menjejaskan
keharmonian rakyat Malaysia.
“Kami hanya meminta supaya beliau
menghormati prinsip hak asasi manusia dengan tidak mengeluarkan pelbagai
kenyataan sehingga menyentuh sentitiviti kaum, agama dan boleh
menggugat perpaduan antara kaum.
“Rakyat berbilang kaum dan agama
di negara ini sentiasa menjaga hubungan baik yang terjalin dalam
masyarakat majumuk di negara ini bagi memastikan kelangsungan hidup
dalam suasana aman dan harmoni,” kata Barathidasan dalam kenyataannya
hari ini.
Beliau juga menggesa Zakir mendapatkan nasihat Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai situasi di Malaysia.
Jumaat
lalu, Zakir yang juga penceramah bebas dipanggil ke Bukit Aman untuk
keterangan direkodkan berhubung ceramahnya di Kelantan pada 8 Ogos lalu,
yang didakwa berbaur perkauman.
Pihak Polis Bukit Aman telah
menyoal siasat Zakir berjam-jam mengenai kenyataannya tentang warga
Malaysia daripada kalangan orang Cina dan rakyat beragama Hindu.
Dr
Mahathir turut berkata kerajaan akan menarik balik status penduduk
tetap (PR) Zakir sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah itu
melakukan sesuatu yang menjejaskan ketenteraman negara.
Zakir
merupakan individu yang dikehendaki negara asalnya India atas dakwaan
pengubahan wang haram dan kini mencari pelindungan di Malaysia.
Bharathidasan
berkata pihaknya tidak mempertikaikan status penduduk tetap yang
dimiliki Zakir dan dalam masa sama memuji PAS tidak mengetepikan orang
bukan Islam di Kelantan dan Terengganu.
“PAS menghormati adat
agama dan kepercayaan semua kaum dinegara ini dan mengekalkan semangat
toleransi yang diamalkan sejak sekian lama.
“Rakyat bukan Islam di
negeri Kelantan dan Terengganu tidak ditepikan, mereka diberi
kepercayaan dalam kerajaan negeri melantik mereka menjawat jawatan
sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ketua
Komuniti dan sebagainya seperti slogan “PAS Untuk Semua (PAS For All),”
katanya.
Dewan Penyokong PAS gesa Zakir tak sentuh kepercayaan agama lain
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 18, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Mohd Sayuti Omar SUKA atau tidak, hakikatnya apabila kita berbicara tentang atau mengenali bakal pemimpin masa depan negara, kita ti...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.