Tun M kecewa, ada pihak samakan pentadbirannya seperti BN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini menzahirkan rasa kecewa apabila ada pihak menyatakan
pentadbirannya di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sama dengan
Barisan Nasional (BN).
Tegasnya, hanya orang yang buta, pekak dan kurang cerdik sahaja yang akan membuat kenyataan sedemikian.
"Adakah saya pinjam RM42 bilion? Adakah kita (PH) mempunyai 1MDB? Adakah saya curi duit? Buktikan. Jika betul saya beri rasuah, hadapkan saya ke mahkamah, dakwa saya," tegasnya pada sidang media di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa ada pihak yang berusaha menjatuhkan PH.
Malah, banyak perbezaan antara dua pentadbiran kerajaan itu termasuk berkaitan media.
"Sebelum ini, media disekat, tahu tak? Jika anda berkawan dengan saya, anda akan berdepan masalah ketika waktu Najib mentadbir.
"Tapi sekarang, ramai orang yang rapat dengan Najib, bebas membuat tuduhan seperti 'wang tunai adalah raja tetapi raja yang saya maksudkan adalah rakyat'.
"Betapa dangkalnya? Adakah saya seperti itu? Adakah saya buat kenyataan bodoh seperti itu?" soalnya.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata istilah 'cash is king' yang dikaitkan dengannya disalah tafsir oleh Dr Mahathir.
Kata Najib, Dr Mahathir mungkin tidak faham atau sengaja mengelirukan istilah itu, yang menurut Najib maksud sebenar yang cuba disampaikan ialah rakyat adalah raja.
“Cash is king saya maksudkan bukan secara literal, maksud saya rakyat itu 'king' (raja). Sebab kita gunakan duit bantu rakyat.
“Mungkin dia (Dr Mahathir) tak faham atau sengaja tak faham,” katanya di Wacana Ilmu Hard Truth: Cash is King anjuran Penerangan UMNO Malaysia di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, 7 Ogos lalu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.