PETALING JAYA: Dua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersetuju
dengan penilaian pakar startegi PPBM Rais Hussein bahawa gabungan
kerajaan itu akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang
dengan berkata, ini kerana PH gagal menunaikan janjinya dan melaksanakan
pembaharuan asasi.
Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago berkata, keyakinan orang
awam kepada kerajaan merudum walaupun PH berjanji untuk mewujudkan
sebuah “Malaysia baru”.
“Kita bercakap tentang pilihan raya 2023 walaupun kita belum
menunaikan manifesto kita sebelum ini sepenuhnya,” katanya dengan
merujuk kepada beberapa bolak-balik berkait dasar dan apa yang
disifatkannya sebagai “peralihan PM yang tersangkut dalam lumpur”.
Beliau juga berkata, kelihatan kurangnya fokus untuk merancakkan
ekonomi, terutama dari sudut membantu usahawan kecil dan sederhana.
“Rakyat umumnya berasa kita tidak menunaikan janji, selain terjebak
dalam isu sampingan seperti kontroversi Dr Zakir Naik dan khat.
“Isu sampingan ini memintas agenda nasional kerana isu yang sepatutnya diutamakan tidak ditangani,” katanya kepada
Dalam satu forum semalam, Rais berkata, Umno dan PAS akan “menang mudah” jika pilihan raya diadakan sekarang.
Katanya, pemimpin PH tidak lagi mendengar suara rakyat dan gabungan
politik itu perlu memandang serius manifestonya bagi mendapat
kepercayaan umum.
Santiago berkata, isu mendesak yang perlu ditangani termasuklah isu kehidupan harian seperti gaji, pengangguran dan kos hidup.
Beliau mengingatkan bahawa kelas menengah kini “letih” dengan PH dan
mendesak pemimpin kerajaan berubah sikap sementara mereka masih
berkesempatan berbuat demikian.
Mengambil maklum bahawa lebih ramai pengundi muda dijangka mengambil
bahagian dalam pilihan raya akan datang, Santiago berkata, “mereka
(pengundi muda) akan mengundi pihak yang melindungi kepentingan mereka.”
Bagaimanapun katanya, sebahagian besar undi tersebut akan diraih
“pihak ke-3” di luar PAS dan Umno, jika pihak itu muncul menjelang
pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen PKR Subang, Wong Chen juga berkata, PH berdepan risiko
hilang kuasa, tetapi tidak bersetuju bahawa PAS dan Umno akan menang
mudah.
Katanya, 2 parti pembangkang itu berkemungkinan merampas beberapa
kerusi daripada PH, tetapi mempersoalkan kemampuan mereka untuk
bekerjasama sebagai satu kekuatan tunggal.
“Pilihan raya sekarang lebih berkemungkinan menghasilkan Parlimen
tergantung tanpa pemenang, tetapi akan menyaksikan ‘jual-beli’ politik
yang panas untuk membentuk kerajaan,” katanya
Wong Chen juga bercakap tentang kegagalan PH melaksanakan
“pembaharuan yang sistematik dan asasi” dan apa yang disifatkannya
sebagai “masalah yang dibuat sendiri”.
Beliau berkata, usaha untuk memecahkan pemusatan kuasa perdana
menteri, memulihkan kebebasan Parlimen dan menyediakan lebih banyak
semak dan imbang akan membantu Malaysia beralih kepada sebuah sistem
lebih demokratik.
“Sistem yang lebih demokratik akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan
inovasi, dan berikutan itu memastikan PH mendapat penggal ke-2.”
Wong Chin Huat dari Institut Jeffrey Cheah mengenai Asia Tenggara
bersetuju bahawa PH mungkin hilang kuasa, tetapi adalah disebabkan
penurunan peratus keluar mengundi, bukan kerana peralihan sokongan
pengundi kepada pembangkang.
Beliau berkata, sekiranya PH kalah dalam pilihan raya esok, ia
bukanlah disebabkan PAS dan Umno menawarkan alternatif lebih baik.
“Ramai pengundi yang kecewa dengan ahli politik daripada kedua-dua pihak,” katanya.
Wong berkata, pertambahan pengundi baru berikutan langkah
mengurangkan umur pengudi daripada 21 kepada 18 berpotensi menatijahkan
apa-apa juga keputusan.
Katanya, oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem
“first-past-the-post”, perubahan kecil undi boleh menghasilkan perubahan
kerusi yang drastik.
Jika ini berlaku kata beliau, tidak ada parti komponen PH yang akan terkecuali.
“Setakat 2 bulan lepas, DAP mungkin (boleh bertahan). Tetapi hari
ini, DAP juga terdedah kepada risiko,” katanya dengan mengambil
kontroversi khat dan isu berkaitan Lynas Corp sebagai contoh.
Dua ahli Parlimen kerajaan setuju PH mungkin kalah
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 29, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.