https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kisah LGBT hanya andaian, agamawan puji drama kontroversi

Mufti Wilayah Persekutuan (WP) memuji telefilem kontroversi Demi Tuhan Aku Bersaksi, kata penerbit Prokuya Studios.

Lega dengan maklum balas itu, Fadzil Zahari berkata Datuk Seri Zulkifli Mohamad bersama beberapa tokoh agama pelbagai agensi diundang ke protonton telefilem itu, lapor Berita Harian.

Katanya, mereka berpandangan sentimen negatif yang mengambil latar kisah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sehingga mencetus polemik, lebih bersifat andaian semata.
“(Ini) kerana pihak terbabit belum melihat keseluruhan cerita atau memahami mesej ingin disampaikan,” kata Fadzil.

“(Mereka) sebulat suara bersetuju Demi Tuhan Aku Bersaksi antara telefilem terbaik dalam mengupas permasalahan sosial semasa menerusi kupasan jalan cerita mudah difahami.”

Baru-baru ini Prokuya Studios mengadakan tayangan khas telefilem 90 minit itu di pejabat Mufti WP di Putrajaya bagi mendapatkan pandangan mengenai karya itu.

Antara yang menonton Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kamilin Jamilin, Pencetus Ummah Hafiz (pengerusi Institusi Tahfiz Selangor) dan beberapa agamawan lain.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.