https://critoxium.com/shop/

Terkini

‘Macau Scam’ gagal tipu isteri MB Terengganu, ‘pandu kereta sampai ke London’

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos — Mentri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan isterinya hampir menjadi mangsa sindiket penipuan Macau atau dikenali “Macau Scam”.

Beliau berkata individu tidak dikenali bertanya sama ada Toh Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman pernah menggunakan khidmat kereta pandu sendiri di London sebelum cuba mendapatkan nombor akaun banknya.

“Isteri yang menyedari cuba diperangkap ahli sindiket Macau scam (penipuan) spontan menjawab (dia) pernah menggunakan khidmat kereta sewa pandu sendiri dan memandu kenderaan itu hingga ke London,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

“Bagaimanapun individu itu kemudian memutuskan talian telefon selepas usahanya mendapatkan nombor akaun dan butiran kad bank gagal.”

Meminta orang ramai berhati-hati dengan taktik penipuan tersebut, Samsuri berkata sindiket berkenaan mencari mangsa tidak mengira golongan termasuk pelajar universiti.

Justeru, wakil rakyat Rhu Rendang berharap Bank Negara Malaysia dan agensi penguat kuasa agar terus membuat pemantauan dan mengambil tindakan segera.

Berdasarkan laporan media, sindiket penipuan itu giat mempedaya orang ramai mengakibatkan sesetengah mangsa kehilangan puluhan ribu ringgit.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.