'Malaysia Bersih' pacu produktiviti
Oleh Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman
Tema Hari Kebangsaan 2019, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ masih lagi menekankan pemantapan perpaduan dan keharmonian kaum. Persoalan ini terus diangkat sebagai tema memandangkan persoalan perpaduan adalah kunci kepada kesejahteraan dan keamanan negara.
‘Sayangi Malaysiaku’, tema yang dipilih tahun lalu dikekalkan, menyeru agar rakyat menyedari dan menginsafi semangat cintakan tanah air dan memperkasakan roh patriotisme yang tidak berbelah bahagi.
Perpaduan adalah kunci keutuhan dan kesejahteraan bersama. Kemajuan kita kecapi sekarang adalah landasan kekuatan dan kerjasama antara kaum di negara ini. Asas perpaduan juga resipi kepada kemakmuran dan keamanan serta toleransi sesama kita. Tidak dinafikan keamanan kita kecapi hasil usaha pihak keselamatan yang taat setia mempertahankan tanah air daripada diceroboh anasir luar.
Sejak negara mencapai kemerdekaan, ramai memberi perhatian terhadap tenaga manusia dan juga kejayaan serta pencapaian di Malaysia. Kewujudan sumber semula jadi alam yang kaya di Malaysia menyumbang kepada kestabilan ekonomi, sosial dan politik. Negara cuma menyedari faktor utama menyumbang ke arah produktiviti adalah sumber manusia hanya pada pertengahan 1980-an.
Tahun 1990 adalah tahun terakhir bagi Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Negara Pertama yang bermula pada 1970. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan kerajaan menunjukkan pertumbuhan ketara.
Di bawah dasar ini, nampak perkembangan ketara dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kerajaan seterusnya melancarkan Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Negara Kedua yang tempohnya dari 1991 hingga 2000. Dalam rancangan ini, kerajaan memperkenalkan dasar kemajuan baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
Antara objektif rancangan ini adalah memperimbangkan perkembangan ekonomi sambil menyatupadukan masyarakat, mengurangkan tahap kemiskinan dan menyusun semula masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Namun mutakhir ini, kita memerlukan kualiti modal insan negara sebagai penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan. Modal insan berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber dimiliki.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab meningkatkan produktiviti mereka. Rakyat tidak boleh cuai dan alpa. Generasi muda sebagai pelapis negara perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Mereka sebagai pewaris bangsa merdeka perlu memahami dan mengutamakan perpaduan sebagai rahsia menjadikan Malaysia terbaik dan berjaya.
Setiap warga negara perlu mengutamakan kepada persoalan agama, bangsa dan negara. Ketepikan persoalan perbezaan fahaman dan pandangan serta anutan politik.
Wujudkan ‘Malaysia Bersih’. Bersih dalam keharmonian dan kelestarian budaya dan adat resam.
Tidak mewujudkan pelbagai persoalan negatif yang boleh merosak dan meruntuhkan perpaduan. Tidak menyalahgunakan laman sosial sebagai tempat menjadi ejen perpecahan dan keretakan kaum.
Memastikan agar media sosial menjadi wadah perpaduan dengan menekankan nilai, norma dan world view yang menyatupadukan kaum. Sebenarnya untuk mewujudkan budaya produktif tidak ada noktah dalam menuntut dan mencari ilmu serta kemahiran yang diperlukan negara.
Perancangan dan pelaksanaan pelbagai dasar dilakukan kerajaan hari ini akan diwarisi generasi muda sebagai penerus perjuangan. Oleh demikian, generasi muda perlu merebut dan memanfaatkan peluang disediakan kerajaan demi kelangsungan negara.
Produktiviti juga mahukan rakyat Malaysia terus berpegang teguh kepada nilai akhlak, moral dan etika yang baik. Jadilah insan mulia, berilmu dan berpekerti tinggi serta menyedari tanggungjawab kepada negara.
Walaupun negara dilanda kelembapan ekonomi, pelbagai langkah khusus diambil kerajaan untuk meningkatkan produktiviti bagi menyerap tekanan dari luar terhadap ekonomi, terutama dalam menangani penyusutan nilai ringgit.
Pada masa sama, rakyat juga perlu menunjukkan sokongan penuh kepada strategi dirangka kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara. Kita tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita tidak bersama-sama dalam usaha meningkatkan ekonomi kita hari ini.
Semoga sambutan kemerdekaan negara diraikan dengan suasana meriah, harmoni dan saling menghormati walaupun rakyat pelbagai kaum menganuti pegangan agama berbeza serta mengamalkan budaya dan gaya hidup bervariasi.
Rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur, bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara berdaulat kerana ini adalah keunikan dan sumber kekuatan kita selama ini.
Penulis adalah Panel Perunding Membudayakan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.