Oleh Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Pemuda PPBM akan meneruskan usaha mendesak Putrajaya
mengharamkan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong yang dilabelkan rasis
oleh Dr Mahathir Mohamad dengan cadangan menghantar petisyen itu kepada
Yang di-Pertuan Agong.
Exco Pemuda PPBM, Muzzammil Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan
petisyen yang ditandatangani rakyat kepada Menteri Dalam Negeri,
Muhyiddin Yassin sebagai bukti bantahan untuk terus memberi tekanan
kepada Dong Zong.
“Ia akan dilakukan selepas petisyen mendapat cukup 100,000
tandatangan. Kami juga dalam pertimbangan menghantar petisyen ini kepada
Agong,” katanya
.
Petisyen yang dilancarkan Pemuda PPBM sejak 12 Ogos lalu menerusi
laman web change.org mendapat lebih 92,000 sokongan dan sasaran terbaru
ialah 150,000 tandatangan, susulan bantahan Dong Zong terhadap
pengenalan seni khat bagi subjek bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah,
termasuk sekolah vernakular mulai 2020.
Desakan mengharamkan Dong Zong turut disokong Mufti Perlis, Mohd Asri
Zainul Abidin yang mengajak rakyat menandatangani petisyen menyokong
pengharamannya.
Pada 15 Ogos lalu, polis memaklumkan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim
akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pengenalan
tulisan jawi di semua sekolah ialah satu bentuk Islamisasi.
Pada 8 Ogos lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan
tulisan jawi dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah,
termasuk sekolah vernakular akan dilaksanakan secara pilihan dengan guru
diberi kuasa memutuskan kaedah pembelajarannya.
Pemuda PPBM akan serah petisyen haramkan Dong Zong pada Agong
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 20, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Satu perkara yang saya belajar tentang kepimpinan ialah tidak semua masalah memerlukan reaksi! 1. Kadang-kadang, kita terlalu cepat mahu me...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.