Seniman dan bekas pekerja Utusan Melayu (M) Bhd, Pyanhabib membidas
kenyataan bekas perdana menteri, Najib Razak yang menyalahkan pihak lain
dalam kemelut yang melanda syarikat akhbar itu.
Menurutnya, Najib dan partinya Umno sudah terlambat dan sepatutnya menyalahkan diri sendiri.
"Najib,
kamu sedih dan marah? Kah, kah, kah. Gua (saya) sudah jenuh sedih dan
marah sebelum kamu sedih dan marah. Gua marah sudah bertahun.
"Kamu
tak usah salahkan orang lain, kamu patut salahkan diri kamu dan ahli
ketuanan Melayu kamu.
Ah, kamu patut lepaskan saja tengkuk kamu. Pi
(pergi) main jauh," katanya sebagai respons kenyataan dikeluarkan Najib,
semalam.
Terdahulu, Utusan Melayu dilaporkan akan menutup
operasinya bermula esok susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi
selain gagal membayar gaji kakitangan.
Pejabat Utusan Melayu
Najib dalam kenyataannya menyifatkan nasib yang melanda akhbar yang dulunya milik Umno itu disebabkan tindakan kerajaan PH kerana membekukan aset milik Umno selepas PRU14 lalu sehingga kini.
Sementara
itu Pyanhabib yang bekerja lebih 20 tahun di Utusan Melayu berkata,
Najib tidak perlu mengungkit mengenai aset parti berjenama penjajah itu
sama ada dibekukan atau tidak.
Sebaliknya kata pelakon Kembara Seniman Jalanan itu, lebih tiga juta ahli parti Umno sepatutnya dikerah membeli dan membaca akhbar tersebut.
"Ahli
(parti) ketuanan kamu punya lebih tiga juta ahli. Lebih tiga juta ahli
itulah yang sepatut-patutnya dikerah membeli dan membaca akhbar di mana
ketuanan Melayu kamu adalah rejim.
"Kamu tidak perlu cakap aset ketuanan Melayu (Umno) berjenama penjajah itu dibeku atau tidak dibeku. Itu bangang.
"Tetapi
kamu adalah bijak, pintar, cerdik, geliga jika sepanjang pemerintahan
rejim kamu, kamu kerah paksa lebih tiga juta ahli kamu membeli dan
membaca akhbar yang setiap kali menjelang pilihan raya, kamu
terhegeh-hegeh dengannya," ujarnya dalam tulisan di Facebook, hari ini.
Petikan Utusan pada 2014 ketika Najib masih menjadi perdana menteri
Tambah
Pyanhabib, dalam saat Utusan Melayu hadapi “kemampusan” ini, Najib
berkata Utusan Melayu “simbol dan khazanah orang Melayu serta berkait
rapat dengan sejarah negara”.
"Kamu suruh ‘rakyat’ menolong Utusan Melayu dengan membeli senaskah akhbar setiap hari? Kamu lambat.
"Bangunan lama Utusan Melayu yang sangat bersejarah itu, hari ini tunggu masa untuk runtuh-rantah. Habis jahanam.
"Bila
pentadbiran Utusan Melayu semua berpindah ke bangunan baru di seberang
jalan itu, gua pernah cadangkan supaya bangunan lama dijaga, dihidupkan
sebagai galeri atau muzium atau sebagai khutub khanah, perpustakaan atau
pusat sumber. Tetapi apa jadi? Tunggu masa, lingkup.
"Bangunan
lama Utusan Melayu sangat bersejarah dan di sinilah Utusan Melayu
dirampas pentadbirannya oleh parti ketuanan Melayu berjenama Inggeris
itu," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pyanhabib: Kamu sedih Najib? Kah, kah, kah!
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 20, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Satu perkara yang saya belajar tentang kepimpinan ialah tidak semua masalah memerlukan reaksi! 1. Kadang-kadang, kita terlalu cepat mahu me...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.