https://critoxium.com/shop/

Terkini

Saya tak berniat sertai Kabinet Dr M, kata Anwar

ANWAR Ibrahim tidak berniat untuk menyertai Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekiranya ada rombakan pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Presiden PKR berkata, beliau akan menunggu gilirannya untuk jawatan tertinggi seperti yang telah dipersetujui Pakatan Harapan.

“Saya terikat dengan persetujuan (PH). Saya tidak pernah mahu sertai Kabinet.

“Ini kerana persetujuan di Pakatan Harapan adalah Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri sehingga giliran saya tiba,” katanya selepas program di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Dr Mahathir berkata, tidak ada kekosongan untuk Anwar dalam Kabinet pada masa ini kerana tidak ada menteri yang mahu meletak jawatan.

“Oleh kerana tiada siapa membayangkan mahu meletakkan jawatan (menteri), kita tidak ada kekosongan.

“Apabila ada kekosongan, kita akan cari calon yang sesuai,” katanya Pengerusi Bersatu.

Minggu lalu, Dr Mahathir menafikan laporan bahawa akan berlaku rombakan Kabinet melibatkan pengguguran jawatan menteri tetapi sebaliknya berkata beberapa perubahan portfolio akan dilakukan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.