Serah pada PIBG isu khat Jawi memalukan dan PM hilang wibawa
Oleh
Selain itu, berdasarkan keputusan mesyuarat kabinet
pada Rabu lalu, Wira Putra merumuskan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee
Malik gagal dalam usaha memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu dengan
menambah pembelajaran tulisan khat Jawi. Beliau bukan sahaja dilihat
gagal bertegas dengan usahanya malah dengan mudah usahanya itu
dipatahkan dengan manipulasi jemaah menteri yang sebahagian besarnya
mendokong dan menyokong usaha Dong Zong dalam usaha membatalkan
pembelajaran tulisan khat Jawi tersebut.
Tindakan
memberi kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menetapkan
kurikulum yang perlu di ajar di sekolah kerajaan dan menjadikan elemen
dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu sebagai selektif adalah satu
tindakan tidak masuk akal. Ini kerana sokongan setiap sekolah khususnya
sekolah vernakular pasti bercanggah dan tidak bersifat nasionalis.
Keputusan seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang kewujudan
Kementerian Pendidikan kerana ia seperti memperlekehkan kuasa menteri
yang telah di amanahkan.
Maszlee
seharusnya lebih tegas dan berani dan jangan jadi ‘pak turut’ hanya
dengan desakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang rasis tidak
tentu hala dan merasakan diri mereka besar kerana kononnya ada sokongan
kuat dari kerajaan China. Jika usaha baik seperti ini diperkenalkan
dalam pembangunan Dasar Pendidikan Nasional (DPN) juga Maszlee masih
menari ikut rentak yang Dong Zong mainkan, adalah dicadangkan pindah
sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia ke Bangunan Dong Zong dan serah
sahaja kuasa kementerian tersebut kepada Dong Zong agar mereka boleh
membuat aturan dan segala keputusan bagi menentukan DPN.
Jika
dalam tempoh terdekat ini, Menteri Pendidikan masih menuruti kehendak
Dong Zong yang rasis ini, maka ia akan menjadi kemenangan dan kejayaan
besar buat mereka. Jika ini berlaku, maka, semulia-mulia tindakan yang
perlu dilakukan oleh Menteri Pendidikan adalah meletakkan jawatan secara
terhormat kerana kegagalan beliau bertegas dalam menguruskan
kementeriannya turut telah di tegur oleh Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad.
Kepada Kementerian Dalam
Negeri, Wira Putra masih optimis dan mengharapkan pengharaman Dong Zong
yang juga sangat diharap oleh seluruh rakyat Malaysia yang menolak usaha
pencabulan keharmonian dan perpaduan negara ini agar tidak dilengahkan.
Sudah banyak bukti melalui kenyataan dan tindak-tanduk mereka yang
tidak menunjukkan sifat nasionalis dan cintakan tanah air. Lebih-lebih
lagi apabila cuba melibatkan negara luar bagi mendapatkan sokongan, ia
menggambarkan seolah-olah mereka tidak lagi bergantung harap pada
kerajaan Malaysia dan sebaiknya segera diharamkan pertubuhan mereka dan
minta dipulangkan kembali kewarganegaraan seterusnya segeralah berpindah
pulang ke negara China dan bukalah Dong Zong di sana. Jika tak mampu
untuk beli tiket kapal terbang, orang Melayu sedia membina tongkang khas
yang muatannya juga besar bagi memberi laluan mereka yang rasis ini
dapat pulang ke tanah air yang mereka banggakan ini.
Oleh
itu, Wira Putra tetap dengan pendirian mahukan Dong Zong diharamkan
bagi memastikan pertubuhan yang rasis dan sentiasa menentang dasar
kerajaan mesti diharamkan kewujudannya di Malaysia.
Jelas
kerajaan hari ini gagal menegakkan ‘Rule of Law’ dan gagal melaksanakan
dasar-dasar nasional yang berteraskan asas Perlembagaan Negara. Ianya
amat memalukan bila gagal mempertahankan dan melaksanakan pengajaran
tulisan khat Jawi yang merupakan perkara kecil sahaja. Menteri-menteri
Kabinet Pakatan Harapan (PH) jelas tidak menghormati wawasan Dr.
Mahathir selaku Perdana Menteri. Kerajaan PH sudah hilang integriti
apabila menteri lain mencampuri urusan kementerian lain dan tidak
mementingkan Dasar Nasional Negara (DNN) tetapi lebih kepada kepentingan
sentimen kaum semata mata.
Keputusan menyerah
kepada PIBG untuk memutuskan sama ada pengajaran khat Jawi boleh di ajar
kepada pelajar atau tidak, adalah keputusan mempersendakan pemikiran
rakyat. Lebih baik buat keputusan nyatakan cadangan pengajaran tulisan
khat Jawi di batalkan dan Menteri Pendidikan serta Kementerian
Pendidikan dibubarkan sahaja. Semua urusan pendidikan serah sahaja pada
Dong Zong sebab Dong Zong lebih berkuasa dan lebih hebat dari Perdana
Menteri.
Memalukan Anak Cucu.
Sudah tidak ada lagi di mana langit di junjung,di situ bumi di pijak.
* Penulis ialah Ketua Wira Putra
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.