Tiada komponen PH boleh dabik dada mengaku kuat - Presiden Amanah
PASIR SALAK: Tiada parti dalam Pakatan Harapan (PH)
boleh mendabik dada dan menyatakan bahawa ia kuat berbanding parti
komponen lain dalam gabungan itu, kata Presiden Parti Amanah Negara
(Amanah) Mohamad Sabu.
Beliau berkata kesemua parti komponen dalam PH perlu sedar bahawa mereka tidak akan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional jika bergerak sendirian.
"Tiada satu parti pun kalau sendirian dapat mengambil pentadbiran Malaysia. Persetujuan pembentukan struktur PH menyebabkan rakyat yakin untuk memilih kita.
"Sekiranya parti dalam PH bertanding sendirian, Amanah satu kerusi pun
tidak menang begitu juga Bersatu, DAP mungkin boleh, sementara Keadilan
(PKR) boleh menang di beberapa tempat," katanya ketika berucap
merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Pasir Salak kali ketiga di sini pada
Sabtu.
Menurut Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, semua parti dalam PH perlu terus berusaha mengeratkan kerjasama antara parti untuk memastikan ia terus berkuasa pada PRU akan datang.
"Jangan ada yang mendabik dada mengatakan parti aku kuat di sini. Semua kita tidak kuat melainkan dengan bersatu padu dan muafakat. Tidak ada formula lain untuk menang. InsyaAllah PH akan memerintah lagi," katanya.
-- BERNAMA
Beliau berkata kesemua parti komponen dalam PH perlu sedar bahawa mereka tidak akan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional jika bergerak sendirian.
"Tiada satu parti pun kalau sendirian dapat mengambil pentadbiran Malaysia. Persetujuan pembentukan struktur PH menyebabkan rakyat yakin untuk memilih kita.
Menurut Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, semua parti dalam PH perlu terus berusaha mengeratkan kerjasama antara parti untuk memastikan ia terus berkuasa pada PRU akan datang.
"Jangan ada yang mendabik dada mengatakan parti aku kuat di sini. Semua kita tidak kuat melainkan dengan bersatu padu dan muafakat. Tidak ada formula lain untuk menang. InsyaAllah PH akan memerintah lagi," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.