Keharmonian tuntut tolak ansur semua kaum
Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman
Saya masih ingat ketika zaman sekolah ada sebuah kedai runcit milik pasangan kaum Cina di Kampung Sayong Lembah, di Kuala Kangsar, tempat saya dilahirkan.
Walaupun ada kedai runcit Pak Ali yang hanya 20 meter dari situ, ramai juga penduduk, termasuk saya membeli di kedai pasangan Cina itu. Sumber pendapatan mereka bergantung kepada penduduk kampung yang 100 peratus Melayu.
Sebenarnya, bukan di kampung saya sahaja. Kaum Cina ini berniaga di serata ceruk di negara kita sejak mereka mula berhijrah dari tanah besar China. Malah, di seluruh dunia sehingga wujud China Town.
Ketika di sekolah menengah sekitar 1980-an, saya membantu menguruskan kedai runcit Allahyarham bapa berhampiran jeti bot penambang di bandar Kuala Kangsar. Ketika itu hanya ada dua kedai runcit orang Melayu di sekitar kawasan itu, termasuk seorang yang nama gelarannya Pak Mat Buaya, juga tinggal di Sayong.
Sekitarnya ada kira-kira 10 kedai runcit milik peniaga Cina. Dua peniaga Melayu ini terpaksa bersaing dengan peniaga Cina yang menyediakan pelbagai barangan dapur kerana mereka mempunyai modal pusingan lebih besar, selain kemahiran menguruskan perniagaan. Dipendekkan cerita, perniagaan bapa saya paling awal terpaksa ditutup diikuti kedai Pak Mat Buaya kerana tidak mampu bersaing dengan peniaga Cina.
Saya dapati antara punca kami gagal bukan sahaja kerana tidak ramai pelanggan Melayu membeli, tetapi kami tidak mampu bersaing dengan harga yang jauh lebih rendah ditawarkan peniaga Cina.
Pernah apabila kehabisan bekalan gula dan pemborong pula tidak dapat menghantar segera bekalan, saya terpaksa membeli daripada kedai runcit peniaga Cina berhampiran.
Ketika itu harga runcit gula RM1.30 satu kilogram. Saya terkejut apabila peniaga Cina itu menjual pada harga RM1.15 satu kilogram kepada saya, sama dengan harga yang saya beli daripada pemborong, juga orang Cina. Ini bermakna pemborong menjual gula pada harga lebih murah kepada peniaga Cina.
Ketika itu baru saya sedari kenapa peniaga Cina mampu menjual harga lebih rendah kepada pelanggan yang membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Ini antara punca peniaga kedai runcit Melayu gagal bersaing dengan mereka dan terpaksa tutup kedai.
Itu kisah lama lebih 30 tahun lalu, tetapi ini masih berlaku sehingga sekarang. Namun, kita tidak pernah mahu menyekat kaum Cina, mahupun kaum-kaum lain maju dalam perniagaan. Kita tidak pernah menuntut atau mendesak agar mereka menyerahkan perniagaan kepada kita.
Walaupun gagal dalam perniagaan, kami tidak rasa terlalu kecewa atau iri hati kepada kaum yang berjaya. Ini adalah kerana kami tetap terbela apabila bantuan dan peluang disediakan kerajaan dalam pelbagai bentuk.
Semua ini dapat disediakan berikutan sikap bertolak ansur semua kaum yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh apabila kek pembangunan negara berkembang, sebahagiannya dapat dikhususkan untuk kelompok yang kurang maju, agar tidak ada kaum yang ketinggalan.
Malah, peluang kerja dalam sektor awam, peluang pendidikan mahupun peluang perniagaan dapat dikhususkan untuk kaum Bumiputera, seperti dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Semua ini dapat dilakukan ekoran semangat bertolak ansur yang ditunjukkan oleh pengasas negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bagaimanapun, selepas 62 tahun merdeka, ada pula pihak yang mempersoalkan keistimewaan ini. Ada yang lantang membuat tuntutan yang tidak berlandaskan kepada semangat tolak ansur mahupun peruntukan Perlembagaan.
Kelantangan ini semakin menjadi-jadi sejak keterbukaan baharu yang dibawa oleh Malaysia Baharu
. Tidak menjadi masalah untuk lantang bersuara tetapi ia haruslah dilakukan secara sopan dan tidak menyinggung perasaan dan menghina kaum lain.
Sebagai contoh, cadangan seorang jutawan agar askar yang rata-ratanya orang Melayu dikerah bekerja di ladang sawit kerana dianggap oleh beliau hanya ‘makan dan tidur.’ Walaupun usahawan itu sudah minta maaf dan menarik balik kenyataan biadabnya itu, ia menonjolkan sikap segelintir dalam masyarakat yang tidak langsung hirau perasaan kaum lain.
Banyak lagi contoh boleh dilihat dalam media sosial, mahupun komen yang dibuat dalam blog atau portal berita. Ada yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti kaum di negara ini dan ada pula yang membuat kenyataan berbaur hasutan.
Harus diingat keharmonian yang dinikmati sekarang banyak lahir daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Bertolak ansur bukanlah satu kelemahan. Malah, ia adalah sesuatu kekuatan kerana ia membabitkan pengorbanan.
Namun, semua harus ingat tolak ansur tidak boleh sehala. Kesemua pihak terbabit harus membalas tolak ansur satu pihak yang lain dengan pengorbanan masing-masing.
Penulis adalah Pengarang Eksekutif Komersial & Ehwal Semasa

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.