https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zakir Naik: Pendirian PM jelas, rakyat tidak perlu merumitkan keadaan - Aiman Athirah



1. Dr Zakir Naik tidak akan diekstradisi ke India.

2. Dr Zakir Naik dibenarkan berdakwah tentang Islam, tetapi tidak dibenarkan menimbulkan kebencian kaum dan agama di kalangan rakyat dalam negara ini. (Maknanya perlu Tambahbaik CARA dan APPROACH Dakwah agar Sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia).


3. Hanya terlibat dengan urusan dakwah ummat Islam, bukannya terlibat berpolitik atau membiarkan diri menjadi alat dan propaganda mana2 parti politik dalam Malaysia.

4. Tidak dibenarkan menyinggung perasaan dan sensitiviti kaum yg ada di Malaysia dan menghormati rakyat negara ini.

5. Menyerahkan kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan lengkap berkaitan dan memberikan pandangan/ panduan kepada kerajaan dan publik dalam usaha memastikan ketenteraman awam di kalangan rakyat berbilang dalam negara ini terpelihara sekaligus terjamin.

6. Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut lunas undang2 negara jika terbukti berlaku kesalahan berhubung ketegangan kaum dan agama kepada sesiapa sahaja yg terlibat dalam isu ini.

AlhamdulilLahi tsumma alhamdulilLah.

Ia mudah, melainkan ada pihak yg sengaja mahu merumitkannya, mengambil peluang mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang dengan pelbagai hujjah dan cerita selektif serta menangguk di air yg keroh.

Saya berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri yg menjaga Hal Ehwal Agama terus mendampingi, mewujudkan engagement yang baik dan memandu Sdr Dr ZN agar dapat menyesuaikan diri dengan keperluan, bi'ah (keadaan) dan urf (budaya setempat) negara ini.

Saya juga berharap semua pihak dapat bertenang dan memberikan peluang kepada proses yang tenang dan teratur berjalan dengan lancar. Sama ada pihak yang menyokong, membenci atau mempergunakannya.


SENATOR RAJ MUNNI SABU
Ahli Dewan Negara

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.