Ada di kalangan masyarakat Melayu yang tidak senang atau kurang
selesa apabila pemimpin PAS berkata Allahyarham Nik Aziz Nik Mat pasti
gembira dengan kerjasama parti itu dengan Umno yang dimeterai tempoh
hari.
Ini kerana lazimnya orang yang sudah meninggal dunia tidak molek dikaitkan dengan 'urusan dunia' khususnya soal politik.
Sehari
sebelum Umno dan PAS menandatangani piagam, Timbalan Presiden PAS Tuan
Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata beliau selaku anak saudara
Allahyarham Nik Aziz cukup mengenali keinginan bekas murysidul am PAS itu dan penyatuan ummah atau kerjasama kedua-dua parti selaras dengan kehendaknya.
Keesokan
harinya , pada sidang media sempena Himpuan Penyatuan Ummah, Presiden
PAS Abdul Hadi Awang pula ditanya mengenai perkara itu dan respon beliau
senada dengan apa yang disuarakan timbalannya .
Beliau
dilaporkan berkata: "Oh ya (Allahyarham Nik Aziz gembira dengan
penyatuan PAS - Umno). Taawun ialah satu istilah yang dah sepakat dengan
Tok Guru Nik Aziz ."
Kata-kata Hadi dan Tuan Ibrahim agak
memeranjatkan sebahagian masyarakat kerana pendirian Allahyarham Nik
Aziz berhubung kerjasama dengan Umno memang diketahui umum.
Penulis
buku politik dan pemerhati PAS Mohd Sayuti Omar menjelaskan: "Mengenai
‘persetujuan’ Nik Aziz PAS bergabung dengan Umno secara prinsip sebagai
seorang Islam yang melihat Umno sebagai parti Melayu memang betul,
tetapi dari segi kaedah, syarat syaratnya ia tidak semudah itu."
Kata
Sayuti lagi: "Tok Guru pernah bercakap dengan saya sendiri. Allahyarham
tidak setuju kalau PAS menyertai BN mahupun Umno kerana serik dengan
apa yang berlaku pada 1978 dulu."
(Beliau merujuk kepada PAS yang
terpaksa keluar daripada BN yang dipercayai parti itu akibat perbuatan
tikam belakang oleh Umno).
Sayuti diketahui umum akrab dengan Allahyarham Nik Aziz.
Imbas
kembali semasa Tunku Abdul Rahman memimpin Umno - beliau dan
timbalannya Tun Abdul Razak Hussein juga pernah mengadakan pertemuan
dengan Dr Burhanuddin al-Helmy yang ketika itu menerajui PAS. Tidak ada
hasil signifikan yang dicapai.
Pada 1986, ketika Umno dipimpin Dr
Mahahir Mohamad dan Anwar Ibrahim menjadi ketua pemuda, satu muzakarah
Umno-PAS diadakan yang antara lain membincangkan soal perpaduan dan
masalah dihadapi umat Islam.
PAS pada masa itu dipimpin
Allahyarham Yusof Rawa dan Allahyarham Fadzil Noor pula sebagai
timbalannya. Namun tidak ada susulan lanjut.
Selepas itu soal perpaduan umat, kerjasama mahupun perdamaian menjadi sepi. PAS dan Umno terus bersengketa.
Bagaimanapun
pada 2004, ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui pucuk pimpinan
Umno, ada usaha dibuat untuk mengadakan muzakakah untuk mendamaikan
kedua-dua parti. Pun begitu usaha itu tidak ke mana.
Pada
2009, semasa Najib Razak menjadi presiden Umno, ketua pemuda Khairy
Jamaluddin menulis dalam blognya mencadangkan muzakarah Umno dan PAS
diadakan semula. Bagaimapun tidak ada perkembangan selepas itu.
Empat
tahun kemudian Khairy sekali lagi membuat cadangan sama, dan sekali
lagi tidak menjadi kenyataan. Anehnya pada tahun sama iaitu 2013 PAS
menerusi Hadi sendiri mengajak Umno bermuzakarah untuk berbincang soal
pentadbiran Islam. Tidak ada apa-apa yang terjadi.
Cakap-cakap
mengenai muzakarah terus dilaungkan pada era Najib sehingga 2015. Ia
mendapat reaksi PAS seperti biasa tapi hakikatnya ia tidak berlaku.
Bagi
beberapa penganalisis politik, cakap-cakap mengenai muzakarah timbul
apabila pilihan raya menjelang. Kedua-parti bermain politik dan
menggunakan isu muzakarah sebagai modal masing masing.
Dan bagi
penganalisis ini, PAS dan Umno melengah-lengahkan keadaan dengan Umno
khususnya tidak serius walaupun hampir semua pemimpinnya mendakwa mereka
mahu muzakarah diadakan "demi Islam".
Hakikatnya, kata
penganalisis politik, ketika Umno berkuasa parti itu tidak benar-benar
berminat.
Seorang rakan dari ibu pejabat Umno memberitahu saya baru-baru
ini bahawa “hikmah” kekalahan Umno pada PRU ke-14 ialah parti itu kini
boleh berbaik dengan PAS.
Seorang
kawan Facebook menerusi hantarannya berkata dia tidak mahu mempertikai
benar atau tidak Tok Guru Nik Aziz merestui perkahwinan Umno-PAS .
Katanya “biarlah rakyat yang menentukan”.
Namun, katanya lagi, dia
tertanya-tanya kenapa Allahyarham perlu dikaitkan dengan pertemuan
bersejarah itu. “Apa nama tuan guru Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan
Man tidak begitu kuat untuk mengesahkan perkahwinan bani Melayu itu?"
soalnya.
Panjang juga huraiannya tetapi saya singkatkan dan
memetik barisan hujung yang berbunyi: "Dia ( Allahyarham Nik Aziz )
sudah tiada apa perlu dikhuatiri dan dibimbangi? Apa masih adakah
bayang-bayang Tok Guru Nik Aziz yang boleh mengusik kemeriahan di PWTC
itu?"
Bekas pengarang The Malaysian Insider Amin Iskandar membuat
catatan berikut di Facebook: "Apabila Hadi terpaksa ‘jual nama’ arwah
Tok Guru Nik Aziz untuk menghalalkan perbuatannya mengahwinkan PAS
dengan Umno bermakna beliau masih belum yakin ia akan diterima ahIi
bawahan."
Bukanlah suatu rahsia besar ada di kalangan ahli PAS
tidak “berkenan” parti mereka menjalin kerjasama dengan Umno berdasarkan
kisah pahit masa lalu.
“Tidak ternafi sentimen pertembungan yang
kekal tajam khususnya di Kelantan, Terengganu dan sebahagian negeri kuat
PAS," kata ketua pegawai eksekutif agensi kajian dan perunding Ilham
Centre Mohd Azlan Zainal.
Kata Azlan lagi: "Di kalangan ahli lama,
menerima Umno adalah sesuatu yang mustahil kerana sejarah hitam yang
panjang diantara kedua-dua parti."
Baginya PAS seolah-olah “nampak
terdesak di kala terpaksa mengeheret nama Tok Gu Nik Aziz” dan ini
menurutnya "amat tidak wajar".
Menurut Azlan, memetik dan
memanipulasi nama Allahyarham Nik Aziz adalah untuk “merasionalkan
permuafakatan” yang dijalin dengan Umno tempoh hari.
PAS tentu tidak setuju dengan semua pandangan dan ulasan yang terhurai itu.
Namun
bagi Sayuti, walau apa pun parti itu tidak perlu malah mesti berhenti
memanipulasi dan mengeksploitasi nama dan cara Nik Aziz berpolitik
“untuk menghalalkan apa pun tindakannya”. MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Apabila Nik Aziz dibawa bersama
Reviewed by editorreformis
on
September 19, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Saya, Abdul Muein Bin Abadi, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf kep...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.