DAP tak mampu biaya Amanah, kata Mat Sabu
AMANAH menangkis tuduhan bahawa parti itu dibiaya oleh DAP yang juga
sering didakwa menguasai Pakatan Harapan dan dasar kerajaan.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, DAP tidak mampu membiaya Amanah kerana parti dipimpin teman baiknya, Lim Guan Eng itu juga tidak mempunyai dana mencukupi.
Mohamad berkata Amanah dilatih untuk bergerak dalam politik dengan kos yang minimum dan tidak memerlukan jutaan ringgit untuk beroperasi seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
“DAP bukan ada duit. Mereka pun cari duit dengan kutipan makan malam. Ini semua persepsi orang.
“Mereka (yang menuduh) menjalankan kerja politik dengan duit jadi mereka beranggapan kami pun macam itu,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia.
Beliau menjawab tuduhan dibangkitkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa DAP terbabit dalam peringkat awal penubuhan Amanah dan perjalanan parti tersebut.
Ia merupakan serangan balas ke atas tuduhan Amanah terhadap PAS yang didakwa menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Umno yang dikaitkan dengan 1MDB.
Dalam wawancara itu, Mohamad turut mempertahankan DAP yang didakwa sebagai parti yang selama ini memperlekeh Islam.
Jelasnya, beliau tidak melihat DAP sebagai parti yang anti-Islam, namun mengakui bahawa terdapat segelintir pemimpin dalam parti itu yang bersifat demikian.
Beliau mengambil contoh tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertahankan isu pelaksanaan penulisan jawi di sekolah bermula tahun depan yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
“DAP itu sendiri tidak tetapi kalau ada individu itu soal lain. Bagi saya Kit Siang itu sendiri perubahan pada diri dia memang cukup ketara.
“Dia boleh bawa berbincang bahkan dalam tulisan khat jawi dia pertahankan dengan begitu dasyat sekali,” katanya.
Kit Siang merupakan antara segelintir pemimpin dalam DAP yang mempertahankan pengenalan tulisan jawi dalm buku teks bahasa Melayu Tahun 4.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah bermati-matian oleh majoriti pemimpin DAP serta Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Penentangan itu antara lain berlandaskan pandangan bahawa ia merupakan satu bentuk Islamisasi – menyebabkan kerajaan terpaksa mengubah keputusan tersebut beberapa kali.
Mengulas perkara itu, Mohamad berkata ia merupakan pandangan yang amat salah.
“Orang Cina dahulu tiada masalah belajar jawi tetapi setelah lama ditinggalkan nak diperkenalkan semula orang kata ini proses Islamisasi, ini tidak betul.
“Apabila kita belajar bahasa Mandarin ini bukan bermakna kita hendak jadi Buddha.
“Ini salah tanggapan apabila mengatakan belajar khat jawi sebagai satu bentuk Islamisasi, ini benda paling tidak betul.
Kabinet pada bulan lalu akhirnya memutuskan pembelajarannya diteruskan dengan syarat dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid di sekolah vernakular.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.