Janganlah Berbuat Kerja Yang Sia Sia
Oleh Mohd Sayuti Omar
Kadang-kadang berasa tidak adil dan melampau pula cara komuniti media sosial menyerang Pam, merendah-rendahkan pemimpinnya dengan mempertikaikan tindakan mereka termasuk memainkan isu-isu kecil yang tidak membekas.
Bukan setakat itu saja hal yang di luar peribadi pemimpinnya juga diheret masuk sama dalam bakul memburukkan Pam. Cara itu tidak bijak.

Sebagai contoh ada tiga isu yang dimainkan sehari dua ini untuk
memburukkan Pam dan pemimpinnya yang dilihat melampau dan serentak itu
juga melambangkan kerendahan minda politik dan kekeringan modal untuk
serang Pas.
Antaranya, dan kesilapan Presiden Pam Abdul Hadi Awang tafsirkan maksud 14 jalur merah putih yang ada di bendera kebangaan. Kata Hadi dalam satu kelas kanak-kanak Pasti, (?) maksud jalur merah putih itu menunjukkan negara ini mempunyai berbagai kaum.
Sedangkan rasional sebenarnya bagi menggambarkan bilangan kewujudan negeri dalam Malaysia.
Silap tafsiran itu menjadikan Abdul Hadi diejek dan dipersenda dengan berbagai kata nesta oleh pelayar media sosial. Mujurlah tidak ada seorang pemimpin mana-mana parti kerajaan mempeduli dan menyentuh hal itu.
Sebelum ini mengenai masalah dihadapi oleh akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi parti itu. Harakah berhadapan masalah hutang dengan pencetak sebanyak RM2 juta. Hutang itu lebih kepada hutang perniagaan yang dialami oleh banyak syarikat lain pun menghadapi masalah demikian. Tetapi kerana ia ada kaitan dengan Pam, soal hutang di dijadikan peluru untuk serang Pam dan menghina pemimpinnya.
Satu lagi isu ialah mengenai seruan seorang pemimpin agar memboikot barangan keluaran bukan Islam. Isu ini juga dijadikan matra dan diratib dengan bersembur. Ia sebenarnya tidak perlu dipedulikan apabila kita sedar siapa dan sejauh mana cetek dan dalamnya akal politik yang bercakap itu. Seruan itu tidak kena mengena dengan arahan Pam pun dan ia ada pandangan peribadi individu itu. Jadi kenapa ia dimainkan. Bijaksanalah memilih dan mengenal isu.
Sebenarnya isu yang dimainkan itu remeh dan sampah sahaja. Ia tidak pun menyentuh soal dasar Pam dan asas perjuangannya. Parti itu tidak pun lemah dan rugi dengan pembangkitan isu-isu itu. Sebaliknya dengan membangkitkan isu itu ia menguntungkan Pam kerana ia diingati oleh umum. Pam terus jadi popular bila ia disebut-sebut.
Makanya masyarakat media sosial yang benci kepada Pam dan berniat hendak serang agar ia lemah, perlu fatanah memilih isu. Tidak baik mengait isu-isu kecil begitu untuk memburukkan Pam kerana ia bukan sahaja tidak memberi kesan sebaliknya menggambarkan kedangkalan kita dalam memilih isu.
Dalam dunia politik jika tindakan atau serangan tidak berkesan ia hanya akan jadi tindakan menanam angin yang hasilnya menuai badai sahaja. Atau ia seperti membasuh kencing tetapi terlupa membersihkan dubur sahaja. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.