Dr Md Farid berkhidmat dengan cemerlang
KUALA LUMPUR: Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik ialah individu
yang tidak bukan dari latar belakang politik, tetapi menjalankan
peranannya sebagai Ahli Parlimen dan timbalan menteri dengan cemerlang.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Allahyarham ada menyatakan hasrat yang mahu menjelajah ke semua institusi pengajian tinggi bagi memberi penjelasan mengenai perpaduan kaum di negara ini.
“Namun, tidak kesampaian. Saya sebagai teman rapat amat terasa kehilangan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14, malam ini.
Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dr Md Farid yang juga Ahli Parlimen Tanjung
Piai meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi
akibat komplikasi jantung, pada usia 42 tahun.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, Pontian, pada 5.30 petang tadi.
Kira-kira 300 orang termasuk masyarakat sekitar Pontian, ahli keluarga dan sanak saudara arwah menghadiri pengebumian itu.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Dato Noh Gadut Serkat, Kampung Serkat untuk disolatkan.
Hadir menziarahi jenazah di masjid itu dan menyertai solat jenazah ialah Perdana Menteri, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – BERNAMA
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Allahyarham ada menyatakan hasrat yang mahu menjelajah ke semua institusi pengajian tinggi bagi memberi penjelasan mengenai perpaduan kaum di negara ini.
“Namun, tidak kesampaian. Saya sebagai teman rapat amat terasa kehilangan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14, malam ini.

Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah berkenan menyampaikan Anugerah Sastera Negara ke-14 kepada Prof Dr
Siti Zainon Ismail pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14
malam ini. Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kanan). -
NSTP/Aizuddin Saad
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, Pontian, pada 5.30 petang tadi.

Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ziarah serta menunaikan solat jenazah
Allahyarham Datuk Dr Md Farid di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot,
Kampung Serkat, Pontian. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Dato Noh Gadut Serkat, Kampung Serkat untuk disolatkan.
Hadir menziarahi jenazah di masjid itu dan menyertai solat jenazah ialah Perdana Menteri, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – BERNAMA
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.