Maszlee: Bahasa Melayu perlu kembali dipercayai
TANJUNG MALIM, 29 Sept — Bahasa Melayu perlu kembali dipercayai
menjadi bahasa ilmu dan pengetahuan agar istilahnya kekal segar seiring
kemunculan istilah dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, politik,
undang-undang termasuk bidang digital dan teknologi.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata semua pihak seperti badan dan agensi dari dalam dan luar negara perlu terus memainkan peranan bagi membudayakan, memartabatkan, memasyarakatkan dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu.
“Sebar luaskanlah usaha-usaha yang mengangkat bahasa
rasmi negara ini. Biar ia kembali lahar dan gempita,” katanya ketika
berucap merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Piala Perdana Menteri (PABM) 2019 di Kampus Sultan Azlan Shah Proton
City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari.
Terdahulu,
Mohammad Shatar dalam ucapannya berkata Bahasa Melayu wajar mendapat
pengiktirafan bukan sahaja di peringkat Asia Tenggara tetapi juga di
setiap pelosok dunia merangkumi Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan
Amerika Syarikat.
Sebanyak
tiga kategori dipertandingkan dalam PABM iaitu kategori Alam Melayu,
kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, dan kategori Antarabangsa.
Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia menjadi milik Moustapha Koutoub Sano yang merupakan penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages, dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa.
Sementara itu, Sano berkata beliau yang telah berada di Malaysia selama 10 tahun berasa gembira dan bersyukur kerana memenangi pertandingan ini.
“Saya gembira ramai cikgu-cikgu dan rakan-rakan banyak tolong saya. Saya hanya mengambil masa sebulan untuk berlatih dan tidak menyangka boleh menang pertandingan ini,” katanya yang berusia 22 tahun.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan manakala tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori membawa pulang RM8,000 dan RM5,000 serta piala iringan dan sijil penyertaan. — Bernama
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata semua pihak seperti badan dan agensi dari dalam dan luar negara perlu terus memainkan peranan bagi membudayakan, memartabatkan, memasyarakatkan dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari.
Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia menjadi milik Moustapha Koutoub Sano yang merupakan penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages, dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa.
Sementara itu, Sano berkata beliau yang telah berada di Malaysia selama 10 tahun berasa gembira dan bersyukur kerana memenangi pertandingan ini.
“Saya gembira ramai cikgu-cikgu dan rakan-rakan banyak tolong saya. Saya hanya mengambil masa sebulan untuk berlatih dan tidak menyangka boleh menang pertandingan ini,” katanya yang berusia 22 tahun.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan manakala tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori membawa pulang RM8,000 dan RM5,000 serta piala iringan dan sijil penyertaan. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.