Peperiksaan Kafa tangguh, hormati kemangkatan Sultan Ismail Petra
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)
2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang
dijadualkan di seluruh negara pada Isnin ini (30 Sept), ditangguhkan ke 7
Okt depan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra hari ini.
“Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan
rasa dukacita terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan
Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat
Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya
Petra.
“Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 Sept 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 Sept 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Okt 2019 (Isnin).
Sultan
Ismail Petra, 69, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat
di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul
8.11 pagi semalam dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di
sini, pada pukul 7.20 malam semalam. — Bernama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra hari ini.
“Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 Sept 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 Sept 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Okt 2019 (Isnin).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.