Ramai Wakil Rakyat PAS Gagal Faham Cara Mentadbir Negara
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Pas ada dokongan kuat dan ada potensi untuk jadi kerajaan jika kena dengan pemilihan kolisi.
Pas juga disokong dan dianggotai oleh ramai teknorat hebat, kelompok profesional berkualiti tinggi.
Masalah Pas adalah pada struktural kepimpinan.
Oleh kerana parti tersebut bernuansa Islam, ramai kepimpinan peringkat kawasan dilantik daripada kalangan berpenampilan ustaz atau ala2 ustaz.
Apabila pilihan raya, pemimpin2 ini dinamakan sebagai calon sama ada untuk kerusi DUN atau Parlimen.
Masalahnya, sebahagian daripada mereka tidak kompeten dalam hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan.
Mereka tidak memahami dengan baik perkara2 penting berkaitan pembuatan polisi awam, ekonomi, pembangunan, tadbir urus dan sebagainya.
Sebab itu apabila mereka menang dan jadi angota legislatif sama ada ADUN atau Ahli Parlimen, perbahasan mereka di dewan sangat dangkal.
Sebab mereka kurang mahir dalam aspek tersebut, dalam masa sama mungkin kurang berminat untuk belajar dan memahami secara lebih mendalam.
Apabila jadi kerajaan dan dilantik sebagai anggota pentadbiran, kelemahan sama akan diheret, menampakkan lompang yang ketara.
Ini akan merugikan semua.
Pas rugi tidak boleh memberi yang terbaik, rakyat rugi tidak dapat yang terbaik, pembayar cukai rugi bayar saraan kepada pemimpin tidak kompeten.
Tidak dinafikan ada ramai pemimpin Pas yang memegang jawatan pentadbiran negeri perform dengan baik, namun masih ramai yang tidak kompeten.
Menuju ke depan, Pas mungkin boleh memikirkan semula struktural sistem kepimpinan mereka, sesuai dengan keperluan dan tuntutan berintensiti tinggi sekarang.
Sebagai contoh Pas boleh persiapkan dua kategori kepimpinan, kepimpinan untuk memegang jawatan jemaah dan pemimpin untuk jadi anggota legislatif atau pentadbiran kerajaan.
Jika yang dipertua, timbalan yang dipertua, naib yang dipertua, ketua pemuda dan ketua muslimat kawasan atau penyelaras2 DUN mempunyai keterampilan mencukupi, mereka boleh dinamakan sebagai calon pilihan raya.
Namun jika mereka tidak kompeten dan tidak mempunyai keterampilan mencukupi, tidak perlu namakan sebagai calon pilihan raya walaupun popular, hanya fokus sebagai pemimpin parti sahaja.
Untuk kerusi2 tersebut, Pas boleh namakan tokoh2 teknokrat dan profesional berkompetensi tinggi, yang ramai dalam Pas walaupun mereka tidak memegang jawatan dalam parti.
Apabila menang, figura2 ini akan berupaya menjadi anggota legislatif yang baik, mampu memberi pandangan2 yang konstruktif untuk penggubalan dasar awam yang lebih baik.
Jika menang dan menguasai kerajaan, kelompok teknokrat ini memiliki potensi untuk mentadbir dengan lebih baik, kerana memang itu bidang dan kepakaran mereka




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.