Undur sebelum PRU15? Dr Mahathir pun lupa serah jawatan
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata sekiranya langkah itu dilaksanakan ia akan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai banyak masa untuk melaksanakan tugas.
“Kalau PRU15 baru nak serah [kepada Anwar] itu nak membunuh parti, nak membunuh PH,” kata Syed Husin Ali seperti dilapor Malaysiakini.
Syed Husin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang berucap pada dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York tiga hari lalu.
Tun Mahathir dilapor menyatakan hanya akan berundur sebelum PRU15 dan mungkin ada tiga tahun paling lama untuknya berbuat demikian.
Mengikut perjanjian PH sebelum PRU14, Dr Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri dan kemudian menyerahkan teraju kepada Anwar. Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.
Dr Mahathir sebelum ini berkata kepada media akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan perdana menteri dan akan mengotakan janjinya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.