Mukhriz: Kedah jangka terima banyak pelaburan China
“Bukan setakat itu saja, sekarang di China nama Kedah juga sudah menjadi nama yang terkenal dan di sebut-sebut oleh pemimpin di China.
“Saya melihat kemajuan negeri ini di masa akan datang berkait rapat hubungan ekonomi dan politik yang dipupuk bersama dengan China,” katanya.
Pesta Kebudayaan Cina yang berlangsung bermula semalam hingga esok diadakan di tiga lokasi berasingan di sekitar bandaraya Alor Setar iaitu di Pertubuhan Kebajikan San Sheng, Dewan Perhimpunan Cina Kedah dan Stadium Sultan Abdul Halim.
Seramai 3,000 peserta kebudayaan termasuk dari China dan Taiwan hadir membuat pertunjukkan dan persembahan kebudayaan Cina yang dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Terdapat lebih 80 gerai jualan termasuk gerai makanan halal, barangan kraf dan ruangan fotografi di disediakan pihak penganjur bagi memeriahkan lagi pesta itu yang kali terakhir Kedah menjadi tuan rumah pada 2008. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.