Warga Felda perlu pastikan tiada penagih dadah baru
GERIK, 8 Sept ― Kerajaan negeri meminta warga peneroka Felda supaya
mengawasi anak-anak mereka, bagi memastikan tiada dalam kalangan mereka
menjadi penagih baharu dadah di kawasan berkenaan, kata Exco Komunikasi,
Multimedia dan NGO Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Ini kerana menurutnya, berdasarkan stastistik lebih 90 peratus penagih telahpun menjalani rawatan dan langkah mengawasi itu perlu bagi mengelakkan timbulnya penagih baharu dalam kalangan anak-anak peneroka Felda.
“Kerajaan negeri sentiasa berusaha mengingatkan
keluarga, supaya menjadikan tanggungjawab mereka, memastikan di kawasan
(Felda) ini, tidak ada penagih baharu,” katanya di majlis perasmian
Karnival Mahabbah dan Rahmah Lenggong, di Dewan Semai Bakti, Felda Lawin
Selatan, dekat sini semalam.
Sementara itu, bercakap mengenai karnival itu, Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri berkata ia adalah salah satu pendekatan berkonsepkan karnival kekeluargaan, dalam usaha memberi kesedaran kepada masyakat tentang penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kualiti kehidupan.
Katanya,
pengisian dengan pelbagai program juga mampu menarik minat orang ramai
khususnya para belia, melibatkan diri dengan aktiviti sihat dan
seterusnya menghindari daripada menghabiskan masa yang tidak berfaedah
serta terpengaruh dengan najis dadah.
Dalam
pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata setiap individu dalam masyarakat
juga perlu bersifat ramah, mesra, mudah bergaul serta beradab sopan
dalam menyantuni mereka yang pernah terlibat dengan dadah.
“Selain itu juga, nasihat saya agar institusi masjid memainkan peranan penting, sebagai pusat bimbingan, pendidikan dan kemasyarakatan, bagi mewujudkan keamanan dan keadilan setempat. -- Bernama
Ini kerana menurutnya, berdasarkan stastistik lebih 90 peratus penagih telahpun menjalani rawatan dan langkah mengawasi itu perlu bagi mengelakkan timbulnya penagih baharu dalam kalangan anak-anak peneroka Felda.
Sementara itu, bercakap mengenai karnival itu, Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri berkata ia adalah salah satu pendekatan berkonsepkan karnival kekeluargaan, dalam usaha memberi kesedaran kepada masyakat tentang penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kualiti kehidupan.
“Selain itu juga, nasihat saya agar institusi masjid memainkan peranan penting, sebagai pusat bimbingan, pendidikan dan kemasyarakatan, bagi mewujudkan keamanan dan keadilan setempat. -- Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.