JPN: Hentikan isu tular warga China dapat MyKad di media sosial
PUTRAJAYA,— Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang
ramai segera menghentikan penyebaran isu tular dalam media sosial
mengenai warga China miliki kad pengenalan MyKad bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan dan kebimbangan rakyat bahawa kerajaan
sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing.
Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebook
di sini hari ini, JPN menjelaskan isu berhubung warga China miliki kad
pengenalan MyKad adalah isteri kepada warganegara Malaysia yang telah
memperoleh kewarganegaraan pada September 2017 di bawah Perkara 15(1)
Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya, sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
“Permohonan
dan kelulusan kewarganegaraan Malaysia bukan tertumpu kepada satu-satu
kaum tertentu sahaja malah menerima dan meluluskan daripada pelbagai
kaum dan bangsa di Malaysia.
“Penganugerahan
taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia
kepada warga asing yang benar-benar layak sahaja dan perlu mengikut
syarat yang ditetapkan serta tertakluk kepada peruntukan di bawah
Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
JPN berkata, isu itu juga pernah ditular tahun lepas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa JPN telah memberikan kad pengenalan kepada warga China. — Bernama
Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan.
Jelasnya, sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
JPN berkata, isu itu juga pernah ditular tahun lepas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa JPN telah memberikan kad pengenalan kepada warga China. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.