https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tekanan ekonomi, banyak politik? Warga KL masih hidup gembira

KUALA LUMPUR, — Rakyat Malaysia yang menetap di bandar Kuala Lumpur masih hidup dalam gembira meskip berdepan tekanan hidup di kalangan komuniti tempat tinggal dan pendedahan terhadap isu politik semasa.

Kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati tahap kebahagiaan warga kota menghampiri skala tujuh daripada skala 10.

Kaji selidik universiti swasta tempatan itu dibuat terhadap 1,051 responden antara 1 Ogos dan 4 September lalu untuk projek Kebahagiaan Domestik Kasar (GDH).

Warga kota menilai kehidupan keluarga pada tahap 7.15 daripada skala 10 sebagai menyumbang kepada kebahagiaan mereka secara keseluruhan manakala politik menyumbang paling rendah pada 5.15.

Faktor lain yang mempengaruhi kebahagiaan mereka termasuk kesihatan fizikal (6.50), kesihatan mental (6.46), tempat kerja (6.15), masyarakat (6.05), kestabilan kewangan (5.96), sumber semulajadi (5.88) dan negara secara keseluruhan (5.81).

“Kajian ini memperlihatkan wang adalah penting, tetapi ia bukan faktor keutamaan.”

“Ia adalah kehidupan keluarga, kesihatan mental dan tempat kerja seperti yang ditunjukkan dalam kajian GDH,” kata Ketua Eksekutif Pusat, Penolong Profesor Noppadon Kannika dalam kenyataan.
Kaji selidik melibatkan wanita 50.8 peratus dan lelaki 49.2 peratus.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.