Nampak bentuk tubuh, alat pengimbas baru KLIA boleh digunakan
KUALA LUMPUR, — Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan alat
pengimbas baru Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang
menampakkan bentuk tubuh penumpang boleh digunakan.
Memuat foto selepas menggunakan alat itu, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memuji Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mengawal keselamatan di sana.
“Alhamdullilah, dengan kerjasama yang amat baik daripada
MAHB, Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan
bahawa penggunaan alat pengimbas ini dibolehkan dengan syarat mendapat
nasihat Kementerian Kesihatan,” tulisnya di Facebook hari ini sebelum
berangkat ke Pulau Pinang.
“Usaha MAHB dalam memastikan keselamatan pengguna lapangan terbang dengan menyediakan alat pengimbas bersekuriti tinggi wajar diberi pujian dan penghargaan.”
Zulkifli
berkata demikian ekoran sebelum ini timbul kebimbangan terhadap alat
baru itu yang mampu menampakkan tubuh penumpang secara visual dalam
bentuk dua dimensi.
Memuat foto selepas menggunakan alat itu, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memuji Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mengawal keselamatan di sana.
“Usaha MAHB dalam memastikan keselamatan pengguna lapangan terbang dengan menyediakan alat pengimbas bersekuriti tinggi wajar diberi pujian dan penghargaan.”
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.