Polis akan sita motosikal ‘Ysuku’ diubah suai tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal
terutama jenis Yamaha 15ZR atau “Ysuku” tidak mengubahsuai motosikal
tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.
“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku… ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.
“Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju… kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya?
Ini akan datangkan musibah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Duta, malam tadi.
Mengulas mengenai operasi malam ini Mohd Nadzri berkata 1,384 saman
dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi yang
bermula sejak Selasa sehingga malam ini, dan menurutnya dalam tempoh itu
juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif
dadah.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.
“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku… ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.
“Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju… kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya?
Ini akan datangkan musibah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Duta, malam tadi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.