Usahawan PKS perlu tampilkan produk bermutu, pembungkusan menarik
JITRA: Usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu
tampil dengan produk yang lebih unik dan berkualiti bagi memenuhi
permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Produk yang memiliki kekuatan dan kelainan dapat menarik minat pasaran pasar raya besar bertaraf antarabangsa seperti Tesco dan Aeon.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kementeriannya menyasarkan 30 peratus produk usahawan tempatan memasuki pasar raya seluruh negara, namun ada perkara yang perlu dicapai kerana pasar raya besar amat teliti dalam pemilihan produk.
“Mereka agak cerewet dan beberapa kriteria ditetapkan antaranya produk haruslah berkualiti dan pembungkusan mestilah menarik.
“Setakat ini, perkembangannya cantik namun usahawan sendiri perlu berupaya memenuhi kualiti dan kapasiti.
“Kita tidak mahu sekiranya usahawan sudah menerima pesanan, namun pengeluaran produk terbantut kerana tidak mampu memenuhi permintaan bekalan pasar raya.
“Ada segelintir usahawan PKS menghasilkan produk bermutu tinggi, namun dibuat secara kecil-kecilan, maka kita risau pengeluarannya terbatas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Fiesta Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Kedah di Tasik Darul Aman, di sini, hari ini.
Seramai 80 usahawan dan pengusaha produk tempatan, termasuk 10 trak makanan sekitar negeri Kedah dan Zon Utara terbabit dalam program yang berlangsung selama tiga hari.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 10 produk PKS di bawah bimbingan kementerian kini dijual menerusi menu dalam pesawat AirAsia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.