https://critoxium.com/shop/

Terkini

Salahkan diri sendiri jangan salahkan orang saja..

Oleh Sani Ahmad

Balik bawa 'Mok' (kucing) dari pejabat Veterinar Kubang Pasu, singgah sekejap di gerai kawan dekat Kampung Lahar depa tengah sapu simen lantai. Ada dalam 6-7 orang selain kawan aku. Semua keliling aku, nampaknya macam bebiri dikerumuni serigala tapi tiba-tiba bebiri jadi singa. 

Kawan kata "makin melampau dah ni dok baca doa kristian di sekolah". Aku cakap "memang melampau termasuk yang duduk buat tak kisah orang lain berdiri dengar lagu kebangsaan".

Tiba-tiba, kawan pada kawan aku sorang lagi tanya "apa pandangan tuan keputusan kes Adib! AG ni patut kena pecat" dan disambut kawan aku tu, "ha! betoi saya pun nak tau pandangan tuan kes Adib ni!"

Aku kata, "dalam kes Adib ni pandangan saya berbeza dengan ramai orang dan kalau saya cakap mesti orang marah!" Kawan cakap, "tak pa nak tau jugak apa pandangan tuan!"

Aku cakap ok tapi kena tahan telinga! "Pandangan saya kes Adib ni betoi-betoi kes politik! Kalau betoi depa nak sangat kebenaran dan keadilan, kenapa anggota bomba mati 6 orang terbelit dan lemaih KP Bomba sampai sekarang senyap? Sebab tak ada isu kaum dan agama di situ. Sedangkan dari maklumat saya tau, kematian 6 anggota bomba tu tak ikut SOP. Malah dalam kes Adib, kenapa penyelia tinggalkan Adib sedangkan dia kena pastikan anggota cukup baru boleh beredar.

Kita kena tau beza antara perbicaraan mahkamah dan inkues. Kalau depa pandai sangat dan ada bukti sila bagi pada polis siapa yang bunuh. Masalahnya tak ada bukti siapa yang bunuh. Prinsip keadilan mesti 'beyond reasonable doubt' kalau nak hukum seseorang di mahkamah. Kita kena adil bukan saja pada Adib tapi juga pada tertuduh. Sekarang siapa yang dituduh. Yang kena tangkap India 3 orang memang depa terlibat dalam merusuh di situ tapi tak ada bukti depa yang bunuh Adib. Kalau ada bukti bawa pada polis bukan cakap macam meriam buluh tapi habuk pun tarak.

Inkues dibuat sebab nak cari pembunuh tak dapat jadi nak puaskan semua pihak, buat inkues. Dan inkues tu diarah oleh AG dan bila keputusan diperolehi, AG pulak disalahkan. Kalau tak buat inkues sampai sekarang tak tau sebab kematian Adib.

Kita terlalu banyak sangat berpolitik. Kita sikit-sikit salahkan DAP. Sebenarnya kita kena salahkan diri kita sendiri. Sebelum Tun berpakat dengan PKR, Amanah dan DAP, Tun dah ajak ahli dan pemimpin UMNO singkirkan Najib jika nak selamatkan keadaan. Tapi semua degil malah pertahankan Najib. Saya sendiri cakap dengan Ketua Bahagian UMNO di Perlis, "Dato'! Dato' dan semua ketua bahagian UMNO cuma ada 2 pilihan nak selamatkan UMNO dan BN. Samada singkir Najib atau pertahan Najib dan UMNO/BN kalah PRU. Ketua bahagian UMNO tu cakap pada saya, "Bila lagi nak sapu duit Najib!"

Tun malah cuba lagi bawa sejuta tandatangan rakyat pada Agong pun tak jalan. Jadi apa pilihan Tun? Terpaksa kerjasama dengan DAP dan lain-lain parti pembangkang dan tubuh parti lain. Bila dah menang, takkan DAP nak nganga saja tak dapat habuan dengan kerjasama depa?

Saya tak sokong AG, DAP, PKR, AMANAH atau BERSATU sebab saya tak ada parti apapun.. saya cuma memerhati.

Salahkan diri sendiri jangan salahkan orang saja.. Orang Melayu kena gentleman jangan jadi bodoh... semua diam dan pura-pura sapu simen kecuali kawan aku yang bersetuju dengan apa aku cakap.

Itupun tak taulah mungkin depan aku saja. Tapi terpulanglah.. aku tetap dengan pandangan aku sendiri sebab hangpa tanya pandangan aku takkan aku nak bagi pandangan orang lain.

Ambik kau! nak sangat pandangan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.