Azmin jumpa pembangkang demi kestabilan politik
PERTEMUAN dengan ahli Parlimen pembangkang malam tadi bukan untuk
menyekat Dr Mahathir Mohamad daripada meletak jawatan, kata seorang
timbalan menteri PKR yang hadir ke pertemuan itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Kamaruddin Jaafar berkata, ia sebaliknya hanya membincangkan soal masa depan negara dan mengukuhkan kestabilan politik.
“Tiada apa yang penting, yang kita bincangkan tentang masa depan negara, perlunya perpaduan negara.
“Perlunya diredakan dan dikurangkan politiking antara ahli politik dan menumpukan pembangunan dan kestabilan politik,” katanya kepada wakil media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, pertemuan itu juga untuk memberi taklimat kepada ahli Parlimen BN itu mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).
Beliau juga menjelaskan, pertemuan itu diadakan bersama 17 ahli Parlimen Barisan Nasional dan bukan 22 seperti yang dilaporkan.
Kamaruddin yang juga timbalan menteri pengangkutan antara lima pemimpin PKR yang dilaporkan hadir dalam pertemuan diadakan di kediaman Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.