Di sebalik gelombang Tanjung Piai mahukan BN semula
Oleh Zin Mahmud
Ada satu gambar yang menggamit rasa kesayuan pada para penentang jangka panjang Umno dan Barisan Nasional. Gambar itu tersiar dalam media sosial menjelang hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai Ahad lalu.
Ia merupakan gambar kenangan tiga tokoh politik veteran, Syed Husin Ali, Syed Hamid Ali dan Hassan Karim di Taman Negara Tanjung Piai dengan berlatarbelakangkan hutan bakau simpanan yang menjadi tempat tarikan pelancong ke hujung benua itu.
Kemungkinannya gambar itu diambil setelah tiga tokoh PH itu berkempen atau meninjau kawasan Tanjung Piai. Adalah dipercayai sebagai tokoh-tokoh veteran, ketiga-tiganya tentu dapat merasakan calon Pakatan Harapan akan kalah, walaupun mungkin mereka tidak menjangka calon Barisan Nasional berjaya meraih undi sebegitu besar.
Syed Husin dan Syed Hamid bersaudara. Tetapi ketiga-tiga mereka rakan seperjuangan yang sudah lama berkecimpung dalam politik menentang Umno dan BN sejak mereka menjadi mahasiswa pada 1970-an lagi, maknanya ketika BN baru ditubuhkan.
Mereka yang semuanya berasal dari Johor berjuang dalam Parti Sosialis
Rakyat Malaya (PSRM) bermula pada 1974, tahun BN ditubuhkan, dan
menjadi aktivis pembangkang sehinggalah PH menang PRU 2018. Syed Husin
dan Hassan banyak kali bertanding dalam PRU sepanjang tiga dekad lebih.
Mereka sentiasa kalah dan hanya Hassan menang di Parlimen Pasir Gudang
pada 2019 sebagai calon PH. Syed Hamid yang aktif di peringkat kawasan
tetap tidak terpilih untuk bertanding bagi mewakili partinya pada 2013
dan 2018.
Kebanyakan pemerhati politik tidak mengendahkan ketiga-tiga tokoh ini kerana mereka datang dari parti kecil dalam aliran politik terpinggir, walaupun mereka gigih, komited, konsisten dan berprinsip
Kebanyakan pemerhati politik lebih menumpukan tokoh-tokoh arus perdana sama ada dari Umno, PAS atau DAP. Hanya mereka yang berminat terhadap aliran kiri akan memberi perhatian pada tiga tokoh ini.
Ketiga-tiganya kini antara pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin di peringkat pusat, Hassan di peringkat negeri Johor dan Syed Hamid di peringkat kawasan Batu Pahat.
Pergolakan politik dalaman PKR memperlihatkan Syed Husin dan Hassan memihak pada Anwar Ibrahim. Sementara daripada posting Syed Hamid, dapat dikesan rasa tidak puas hati terhadap keadaan dalaman parti.
Sebelum PRK ini, nama Syed Husin timbul apabila beliau mengkritik Dr Mahathir Mohamad. Syed Husin disebut sebagai pengasas bersama PKR. Sememangnya beliau pengasas bersama parti itu memandangkan PKR merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang diketuainya.
Pengasas bersama yang seorang lagi tentunya Anwar, yang ketika penggabungan itu merupakan ketua umum PKR. Namun begitu, sebelum ini tidak timbul gelaran pengasas bersama itu.
Maka dalam hal ini, beliau merupakan tokoh dalam PH yang terkehadapan dalam menyeru supaya Mahathir memberi laluan pada Anwar. Selepas keputusan PRK Tanjung Piai, tidak menghairankan apabila Syed Husin menyifatkan kekalahan PH itu merupakan referendum yang menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Mahathir.
Terdapat banyak tafsiran mengapa calon PH mengalami kekalahan teruk dan semua rumusan itu tidak ada yang muktamad. Besar kemungkinan ia merangkumi banyak faktor yang akhirnya menghasilkan keputusan begitu. Maka antaranya ialah penolakan diri, PPBM, PH, kerajaan atau Mahathir sendiri.
Keputusan pilihan raya kecil PRK Tanjong Piai mengecewakan para penyokong PH terutamanya mereka yang menentang BN sejak mereka sedar politik. Dalam kategori ini, termasuklah pejuang-pejuang politik seperti Syed Husin, Syed Hamid dan Hassan.
Dalam kalangan penyokong PH, terdapat golongan-golongan yang datang dari pelbagai gelombang.
Golongan penentang-penentang Umno dan BN hanyalah sebahagian daripada keseluruhan penyokong PH. Mereka pula terdiri daripada golongan berusia. Sementara kebanyakan penyokong PH datang daripada golongan terkemudian, iaitu dari gelombang Reformasi dan penentang kleptokrasi. Antara mereka bekas pendokong Umno dan BN seperti Mahathir dan Anwar.
Ketika bersama Umno dan BN, mereka sebahagian daripada penyokong kerajaan. Sementara pihak yang sepanjang hidupnya merupakan penentang Umno dan BN berada di pihak pembangkang sehinggalah 2018, apabila mereka mendapati diri mereka berada di pihak kerajaan.
Maka harapan adalah tinggi supaya Malaysia Baharu memberikan kehidupan lebih baik dan lebih adil berbanding BN. Apa yang mereka kritik dan kecam terhadap Umno dan BN sepanjang 60 tahun pentadbirannya diharap dapat diubah walaupun yang memimpin kerajaan iaitu Mahathir. Sebagai bekas perdana menteri, melalui pemerintahannya dulu turut menyumbang kerosakan pada negara.
Jika Malaysia Baharu ini berjaya, pasti ia mendapat sokongan daripada rakyat kerana keadaan lebih baik berbanding Malaysia Lama. Malangnya harapan itu tidak tercapai. Walaupun kerajaan PH berjaya melaksanakan pembaharuan dan perubahan lebih baik terutama dari segi integriti tetapi dalam setahun lebih ini, banyak isu yang menjadikan kehidupan rakyat lebih sukar terutamanya berkaitan ekonomi.
Sememangnya parti-parti komponen PH mempunyai aliran yang berbeza dan mereka perlu bertoleransi antara satu sama lain dari segi pendapat politik. PPBM beraliran kanan tengah, seperti yang ditegaskan seorang aktivis ideolog mudanya selepas keputusan PRK itu. PKR kiri tengah. Ia pun gabungan antara aliran tengah Keadilan dan kiri PRM. DAP tengah kiri dan Amanah tengah kanan. Aliran dominan tengah kanan memandangkan PH diketuai oleh pemimpin PPBM. Maka menteri-menteri daripada parti dan aliran berbeza akan melaksanakan apa yang mereka percaya. Namun seharusnya ia tidak menghalang pewujudan Malaysia Baharu yang lebih baik daripada Malaysia Lama. Tetapi atas banyak faktor, kecemerlangan ini tidak menyerlah dalam masa setahun lebih.
Maka kemenangan besar yang diperolehi oleh calon BN, Wee Jeck Seng memberikan tamparan hebat kepada PH dan menggugat keyakinan para penyokongnya terhadap kemampuan pakatan untuk terus berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15. Mesej yang diberikan oleh pengundi-pengundi Tanjung Piai seolah-olah menjurus kepada penolakan langsung terhadap kerajaan PH, dan mereka mahu kembali kepada BN.
Sememangnya Tanjung Piai kubu BN. Kebanyakan ahli parti politik dari Umno dan MCA. Hanya segelintir menjadi ahli Gerakan, DAP dan PAS. Adalah dipercayai PPBM dan Amanah mempunyai anggota yang amat kecil.
Jadi apa yang aneh bukanlah kemenangan calon BN itu, tetapi lebih pelik ialah bagaimana banyak dalam kalangan Umno dan MCA mengundi calon PPBM yang menggunakan lambang PKR pada PRU-14. Banyak faktor yang membuatkan mereka memilih calon PH. Tetapi ada satu faktor yang mendorong mereka menolak calon BN. Ia penolakan mereka terhadap Najib Razak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menyokong Mahathir, PPBM atau PH.
Maka apabila mereka kembali ke BN dalam PRK 2019, ia ada membawa makna Najib sudah tidak berkuasa. Tidak ada sebab untuk mereka menyokong PH. Jadi kekalahan calon PH bukanlah suatu yang misteri. Jadi jika pengundi-pengundi di banyak kawasan lain turut bersikap demikian, maka tidak hairanlah jika kerajaan PH akan tumbang. Dari awal lagi, rakyat sememangnya tidak mahukan Malaysia Baharu. Mereka hanya mahu menolak Najib dan kekal hidup dalam Malaysia Lama.
Dalam keadaan ini, penentang-penentang asal Umno dan BN seperti Syed Husin, Syed Hamid dan Hassan perlu terus berjuang seperti mana mereka lakukan sejak lebih kurang 30 tahun lalu. Ini perjuangan sepanjang hayat. Kemenangan pada 2018 hanya sementara dan bukan sebenar-benarnya lahir daripada kesedaran rakyat untuk mewujudkan Malaysia Baharu. Realitinya mereka enggan berubah

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.