https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sampai bila UMNO mahu jadi pengemis ultra kiasu?

BENAR belaka jangkaan selama ini, UMNO telah memilih MCA untuk bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, mungkin kerana telah diugut MCA, akan keluar BN sehingga membawa kepada terbubarnya BN, maka izinkan saya coretkan sedikit artikel yang agak ‘rasis’ ini. Saya tidak fikir dengan terbubarnya BN, maka semua negeri di bawah BN akan jatuh kepada tangan pembangkang.

Jika benarlah dengan keluarnya MCA akan terbubar BN, semua Ahli Parlimen BN akan menjadi tidak berparti atau ahli bebas, reda dan hadapilah dengan penuh tabah. Jika tidak, sampai PRU 15 nanti, pasti politik ‘bodoh’ akan berulang dan menjadi budaya. Budaya yang membodohkan kita sebagai orang Islam.

Yang rugi sudah tentu bukan MCA, tetapi adalah parti orang Melayu seperti UMNO dan PAS. MCA atau MIC akan ugut sampai kiamat. Sampai bila kita harus terima politik ugut mengugut atau desak mendesak.

Saya bukan rasis. Saya tetap Cina sampai bila-bila. Semua Cina itu saudara saya. Lebih-lebih lagi ahli keluarga saya. Namun, saya masih boleh mengenali mana Cina baik, mana yang ultra kiasu.
Cina baik adalah Cina seperti mendiang Profesor Khoo Kay Kim, Prof Teo Kok Siong dan lain-lain lagi. Manakala Cina ultra kiasu adalah Cina yang berada dalam parti ultra kiasu seperti MCA, Gerakan dan DAP.

Jika mereka tidak ultra kiasu sudah tentu mereka akan bersama menjunjung perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial yang telah menghasil Perlembagaan negara.

Contoh-contoh yang telah biasa kita dengar seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan sebagainya.

Ini tidak, terus dipertikaikan tanpa kesudahan. Kaduk naik junjung. Di Sarawak lagilah, ultra kiasu inilah yang menjadi tali barut berkempen Sarawak untuk Sarawakian, Sabah untuk Sabahan. Mereka mahu menghasut mahu membawa Sarawak dan Sabah keluar daripada Malaysia.

Biarlah saya nukilkan di sini coretan anak Sarawak, Adam Lawrence untuk mengenali ultra kiasu dengan lebih dekat.

Kata Adam Lawrence, Sarawak asalnya dihuni bangsa Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan dan ain-lain. Kami adalah penduduk asal sejak ribuan tahun, bukannya baru 100 atau 50 tahun yang lalu.

Orang Cina yang memandai mengajak orang Sarawak supaya tuntut untuk keluar dari Malaysia di Sarawak itu adalah bangsa atau kaum yang tidak ada asal usul di bumi Sarawak ini. Kamu orang Cina tidak ada sejarah tumpah darah melawan menjajah. Sila namakan seorang bangsa kamu orang Cina yang pernah melawan penjajah di bumi Kenyalang ini?

Jadi, kamu yang merupakan kaum pendatang yang masih baru mendatang tidak perlu hendak ajak atau cuba menghasut bangsa asal di bumi ini supaya keluar Malaysia. Sejarah hidup yang ada pada bangsa kamu adalah sebagai komunis memerangi bangsa aku sendiri! Tanah kami ada adatnya, ada ceritanya dan ada sejarahnya.

Di mana bangsa kamu, semasa James Brooke serang kami dahulu? Siapa nama pahlawan kamu yang berjuang bersama kami?

Saya tambah di sini, begitu juga di Sabah ketika perintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Siapa yang mempertahankan Sabah ketika dijajah? Terpahatkah nama-nama kamu ultra kiasu? Tidak juga. Yang kita dengar adalah nama-nama tempatan yang mempertahankannya, seperti Mat Salleh, Antanum, Datu Tating, Panglima Ali, Si Gunting di Sabah. Manakala di Sarawak seperti Shariff Masahor, Rentap, Banting, Asun, Datuk Patinggi Abdul Ghafur, Rosli Dhoby dan lain-lain. Semuanya nama-nama tempatan. Ada ultra kiasu di sini?

Adam Lawrence menambah lagi, kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari hulu pendalaman ke tepi laut yang asing mempertahankan kedaulatan tanah kami.

Saya ingin berpesan kepada kaum kamu kaum bangsa Cina golongan pendatang ini, Jangan sesekali hidup sebagai bangsa yang kurang ajar di tanah orang lain kemudian berlagak macam orang asal di sini. Duduk dan tinggallah elok elok cari makan di sini. Tak perlu hendak ajar kami apa yang terbaik untuk kami.

Saya setuju dengan kata-kata Adam Lawrence, keluarga saya pun sebegitu. 

Kata Adam Lawrence, keluarga aku ada juga yang berbangsa Cina, tetapi tidak pula bengap macam kamu. Sudahlah pendatang, dan senang-senang dapat duduk jadi warga Sarawak, kemudian hendak ajak aku dan bangsa aku orang asal negeri ini keluar Malaysia.

Tapi kami semua adalah bangsa asal negeri ini dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ada hak kami sebagai pribumi dan sebagai bangsa Bumiputera. Jangan ingat kerana pemimpin kami lemah. Kamu boleh pijak-pijak orang bawah sesuka hati kamu (Adam Lawrence, 2009)

Jika benarlah ini adalah coretan Adam Lawrence, renungilah ia wahai umatku. Kita sudah tidak banyak masa untuk terus bumi ini dirobek oleh ultra kiasu yang tidak pernah sedar diri.

Saya akui, bukan semua ahli MCA itu ultra kiasu, begitu juga parti perkauman yang lain. Banyak lagi baik. Malangnya, yang baik itu tidak memimpin. Rata-rata yang memimpin adala ultra kiasu. Mereka ini yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Tidak mahu patuh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam sosial kontrak. Terus mempertikaikan, ugut dan desak. Sampai bila kita mahu menjadi pengemis kepada MCA dengan menggadaikan Perlembagaan?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.