Tanjung Piai dan Pesta Demokrasi Rakyat
Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA
Sejak Pilihan Raya ke-14, nama ”rakyat” semakin bergema, dibicara, ditulis, dinarasi, diwacana dan dipersembahkan dalam ruang-ruang komunikasi politik. Keadaan akan lebih memuncak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai P165 pada 16 Disember ini.
Dalam penamaan calon pada 2 November lepas kita melihat seramai enam calon bertanding. Mereka adalah calon Pakatan Harapan (PH) dari Bersatu, Karmaine Sardini, 66; calon Barisan Nasional (BN), dari MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam, Berjasa oleh Presidennya Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta dua calon bebas iaitu Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Seperti biasa suasana meriah dapat dilihat di pusat penamaan calon bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di mana penyokong akan mengiringi calon PRK mereka itu.
Perkataan rakyat seolah-olah akan diazankan di mana rakyat kini menjadi figura sentral dalam retorika politik. Namun meskipun nama ”rakyat” sering disebut dalam setiap pesta demokrasi, ini sejauh manakah mereka secara substansialnya memainkan peranan besar dalam proses demokrasi atau kemungkinan gahnya sahaja.
Adakalanya nama “rakyat” dieksploitasi secara semantik dalam aneka wacana dan retorika politik di mana kehadiran mereka dikerdilkan sekadar ”pengguna” dari produk ”kapitalisme politik”, dalam ruang demokrasi yang akhirnya menjadi ”pasar lambak politik”. Ini adalah amalan semasa era BN.
Dalam situasi kapitalisasi politik — di mana modal, wang dan material jadi kekuatan utama politik— kita juga tidak mahu kedaulatan rakyat diambil alih oleh kekuasaan wang yang mengsyaratkan rakyat sebagai ”buruh”, tenaga kerja pilihan raya dengan membuat kerja-kerja seperti memasang bendera, mengangkat sepanduk, paraih undi, pemandu kereta dan seumpamanya.
Tabiat ini begitu berleluasa BN berkuasa di mana rakyat telah dilucuti kedaulatannya sekadar menjadi sasaran pemasaran politik, dengan mengeksplotasikan tenaga mereka.
Oleh itu pilihan raya kecil atau umum seharusnya menjadi pesta demokrasi rakyat dalam erti kata pertarungan politik ”demi kedaulatan rakyat”, di mana rakyat adalah raja yang mengundi calon yang harus mewakili mereka. Inilah yang kita harapkan dalam era pemerintahan PH atau sekurang-kurangnya dapat diperhatikan berlaku dalam PRK Tanjung Piai.
Jika tidak apa yang akan berlaku adalah situasi De-demokratisasi, di mana nama rakyat di”wirid”-kan secara ritual dengan dipenuhi oleh pestas hiburan: ceramah kemudian acara nyanyian, berarak-arakan, tari-menari, karnival dan segala huhahuha lain. Adakah pesta ini sekadar meraikan calon yang dipilih dan menjadi pesta “siapa” sebenarnnya, pesta untuk kedaulatan rakyat atau merai dan mengagungkan calon.
Situasi ”De-demokratisasi” dalam pilihan raya akan menjadi proses penghancuran tunggak-tunggak demokrasi itu sendiri. Salah satu tonggaknya adalah kedaulatan rakyat yang ”dilucuti” dengan memanipulasikan kekuatannya sebagai pengundi iaitu ”pengguna” dalam sebuah ruang pasar lambak politik”.
Dalam De-demokratisasi rakyat menjadi alat yang dipergunakan untuk menjadi tenaga kerja semasa pilihan raya. Akhirnya ”Pesta demokrasi” tidak lebih sekadar pesta limpahan pancaran siaran media yang merayakan perarakan semasa menghantar calon, sorakan dan keriuhan semasa kempen dan tepukan gerumuh semasa ceramah, pencitraan visual media dan kecoh sana dan sini. Dalam hubungan ini rakyat sendiri sebagai penonton atau majoriti sorakan yang “kosong” kuasa, selain memilih calon di bilik mengundi.
Tidak pasti sejauh manakah pertarungan ideologi antara piagam muafakat nasional dan rahmatul alamin dapat menjadi elemen pertarungan jenama atau branding politik. Namun kemungkinan juga kemenangan politik di Tanjung Piai dapat ditentukan oleh kapasiti intelektual, dan kecerdasan rakyat dalam menilai kepemimpinan calon mereka.
Ini kerana isu berkaitan dengan kaum, agama dan bangsa menjadi situasi kritikal dengan MCA sebagai calon BN di Tanjung Piai. Suara rakyat tidak seharusnya dipersempitkan dalam “tirani angka” dalam kiraan undi sahaja iaitu prinsip majoriti mengalahkan prinsip kemajmukan pandangan, keyakinan, dan ideologi.
Oleh itu esensi demokrasi adalah setiap calon yang bertarung dalam pilihan raya seharusnya membawa beban amanat ”kekuasaan rakyat”, iaitu menonjolkan diri sebagai calon pemimpin ”demi rakyat” bagi membangunkan kawasan pilihan raya dari segi fizikal dan jati diri rakyat.
Pesta demokrasi harus dipandang sebagai pesta untuk membangun dua legitimasi mengenai kekuasaan rakyat. Pertama, memulihkan kedaulatan rakyat, membebaskan mereka dari cengkaman kleptokrasi, manipulasi, kronisme dan rasuah politik, menjauhkan mereka dari ilusi media yang menyesatkan, mengangkat mereka dari sekadar budak suruhan. Di pihak lain, mengeluarkan mereka dari situasi ketidakberdayaan sebagai “buruh politik ” dan menjadi warga politik aktif, membangun kualiti rakyat agar memiliki kekuatan mandiri dalam menentukan aspirasi dan pilihan politik.
* Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.