SPRM mengaku khilaf hantar surat pada PKR
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mengakui terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan
Laporan SPRM (LSPRM) menerusi sepucuk surat kepada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) sebelum ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerusi kenyataan media pada Isnin memaklumkan, laporan salah laku hanya akan dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri sahaja.
"Mengikut garis panduan tatatertib (yang perlu diikuti SPRM) tindakan ini tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik.
"Bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada mana-mana parti politik berhubung salah laku anggotanya.
"Justeru, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada Pengerusi
Lembaga Tatatertib PKR untuk diperjelaskan kekilafan ini agar tidak
timbul salah faham pada masa akan datang," katanya.
Sebelum ini PKR menerusi kenyataan medianya telah memecat dua ahli PKR dari Pahang serta-merta setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.
Tindakan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 23 Okt berkenaan salah laku berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerusi kenyataan media pada Isnin memaklumkan, laporan salah laku hanya akan dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri sahaja.
"Bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada mana-mana parti politik berhubung salah laku anggotanya.
Sebelum ini PKR menerusi kenyataan medianya telah memecat dua ahli PKR dari Pahang serta-merta setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.
Tindakan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 23 Okt berkenaan salah laku berkenaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.