Tahfiz TVET akan diperkenal, ibu bapa disaran kikis pilihan kedua
KUALA LUMPUR, — Persepsi negatif bahawa bidang Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET) adalah pilihan kedua bagi pelajar lemah
berbanding bidang akademik konvensional perlu dikikis ibu bapa, kata
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata ibu bapa perlu meletak keyakinan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang mengambil TVET kerana bidang ini mampu melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan industri dan negara bagi mengharungi Revolusi Industri 4.0.
“Kerajaan lihat ia (TVET) sebagai keperluan. Mereka yang
memiliki diploma dalam kemahiran layak meneruskan pengajian di peringkat
ijazah melalui projek Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
“Langkah ini dilihat dapat memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap TVET,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mahfuz
menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran)
tentang statistik kemasukan pelajar TVET di negara ini yang masih rendah
berbanding negara maju seperti Jerman, Belanda dan Australia serta
ingin tahu apakah langkah yang diambil kerajaan ke arah memperkasakan
bidang itu.
Bagi
memperkasakan TVET, Mahfuz berkata menerusi pelan tindakan 2025 di
bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang membabitkan enam
kementerian, pihaknya turut menumpukan kepada program Tahfiz TVET
sebagai langkah pertama meluaskan latihan kemahiran kepada anak muda
Tahfiz.
“Kita mahu pastikan anak-anak Tahfiz juga mempunyai masa depan untuk memasuki sektor pekerjaan kelak,” katanya.
Jelas Mahfuz, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah baru-baru ini yang turut disertai lebih 70 wakil pusat Tahfiz di negeri itu bagi membincangkan mengenai perancangan kerajaan ke arah Tahfiz TVET. — Bernama
Beliau berkata ibu bapa perlu meletak keyakinan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang mengambil TVET kerana bidang ini mampu melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan industri dan negara bagi mengharungi Revolusi Industri 4.0.
“Langkah ini dilihat dapat memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap TVET,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
“Kita mahu pastikan anak-anak Tahfiz juga mempunyai masa depan untuk memasuki sektor pekerjaan kelak,” katanya.
Jelas Mahfuz, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah baru-baru ini yang turut disertai lebih 70 wakil pusat Tahfiz di negeri itu bagi membincangkan mengenai perancangan kerajaan ke arah Tahfiz TVET. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.