https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wan Azizah : Azmin harus datang mesyuarat parti

TIMBALAN Presiden PKR Mohamed Azmin Ali harus menghadiri mesyuarat parti dan bukannya mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen pembangkang, kata pengerusi majlis penasihat parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata biro politik PKR akan membincangkan pertemuan berlangsung di kediaman rasmi Azmin malam tadi, yang dihadiri oleh 22 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan beberapa ahli Parlimen PKR.

Menurut spekulasi, mesyuarat itu membincangkan rancangan penyingkiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Adalah baik jika beliau hadir mesyuarat, mesyuarat biro politik (PKR),” kata Wan Azizah kepada wartawan di lobi Parlimen.

Azmin tidak menghadiri mesyuarat kepimpinan partinya selama kira-kira setahun, walaupun peringatan secara terbuka  dibuat oleh kepimpinan.

Ia susulan keretakan hubungan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selain isu lain seperti video seks membabitkan menteri hal ehwal ekonomi, serta sokongan terbuka beliau kepada Dr Mahathir untuk menyelesaikan penggal penuh sebagai perdana menteri dan bukannya menyerahkan  kepada Anwar.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata beliau hanya mengetahui pertemuan di rumah Azmin mellaui laporan berita dan parti itu masih belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya.

Biro politik akan bertemu esok dan membincangkan mengenai pertemuan itu, katanya.

“Saya percaya apabila mesyuarat biro politik diadakan esok, kita pasti akan membincangkan perkara ini,” kata Fahmi kepada pemberita di Parlimen.

“Harapan saya semua pemimpin akan hadir agar kita mendapat butiran lengkap mengenai apa yang sedang berlaku.-TMI

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.