Aplikasi ‘Sugarbook’ medan eksploitasi wanita
DEWAN Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dengan tegasnya mengecam Sugarbook, sebuah laman aplikasi yang kini sedang hangat diperkatakan.
Muslimat PAS Wilayah Persekutuan berpendirian bahawa pengenalan aplikasi ini adalah suatu pencabulan kepada kehormatan wanita.
Kami juga berpendapat bahawa pandangan Ketua Eksekutif aplikasi berkenaan, Darren Chan bahawa aplikasi ini memberdaya wanita untuk bebas memilih dalam perhubungan adalah tidak berasas sama sekali.
Jika disoroti pengenalan aplikasi ini di Singapura pada tahun lalu, ianya ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin politik dan pertubuhan wanita di sana.
Aplikasi ini disifatkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan sebagai suatu eksploitasi dan penganiayaan terhadap golongan wanita.
Sayang sekali, respons Kerajaan PH hanya melalui Jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan kajian yang akan dibuat dan sekadar menasihatkan pelajar-pelajar tidak bertindak menyalahi undang-undang.
Di manakah peranan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan serta suara pejuang wanita seperti Sisters In Islam (SIS) yang sepatutnya mempertahankan maruah wanita daripada dirobek sebegini rupa?
Tidak malukah kita dengan kewujudan aplikasi sebegini di Malaysia, yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan dan menjadikan kesopanan dan kesusilaan sebagai salah satu paksi Rukun Negara?
Justeru, Muslimat PAS Wilayah Persekutuan sekali lagi dengan tegas membantah aplikasi ini dan sebarang agenda mengeksploitasi maruah wanita.
Kami juga menyeru agar tindakan tegas diambil oleh Kerajaan PH dan pihak berwajib untuk membendung semua bentuk eksploitasi wanita.
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.