Mengapa India tak senang dengan pandangan Mahathir?
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpedapat bukan Dr Mahathir Mohamad saja yang mengulas isu berlaku di India sekarang.
Ia turut mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB yang menyatakan pendirian mereka bahawa akta diluluskan New Delhi berhubung pemberian kerakyatan kepada etnik minoriti bukan beragama Islam pada asasnya bersifat diskriminatif.
Setiausaha Agung PBB, Anthony Guterres sendiri menyatakan kekhuatirannya terhadap penggunaan kekerasaan oleh pihak polis India apabila berdepan dengan demonstrasi yang membantah akta itu merebak di seluruh negara terbabit.
PBB juga mengingatkan kerajaan India terhadap tanggungjawabnya menjamin hak samaa rata kepada rakyatnya tanpa diskriminasi berasaskan agama dan kaum.
Jutaan rakyat di India malah bangkit dan mengadakan bantahan di jalan raya yang kemudian menyebabkan beberapa rakyatnya ditembak mati selain ratusan cedera serta ribuan ditangkap.
Apakah kerajaan India mahu berselindung di sebalik kenyataan bahawa isu ini adalah urusan dalam negaranya? Padahal rakyat India sendiri menentang keras akta yang dilihat anti-Muslim itu.
Perdana Menteri Malaysia menyatakan pendapatnya bahawa akta itu akan memangsakan rakyat India yang berbilang agama. Ada yang sudah terbunuh. Hanya ini yang dinyatakan oleh Mahathir.
Serang Muslim kerana lembu
Kenapa India berasa tidak senang dengan kenyataan beliau?
Mapin bersetuju dengan pandangan Mahathir bahawa penganut Islam, Kristian dan Hindu hidup berdampingan sejak sekian lama di India.
Kenapa sekarang kerajaan India mahu melaksana akta yang mendiskriminasi seseorang atas dasar agama yang dianuti?
Jika pandangan Mahathir dianggap tidak tepat oleh India, maka apakah pendapat jutaan rakyat India yang berdemonstrasi di India - yang sudah lebih seminggu itu - juga tidak tepat?
Kami bertegas bahawa kerajaan melalui kumpulan fanatik nasionalis Hindu Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang dianggap sayap kepada parti Parti Bharatiya Janata (BJP) sedang giat menegangkan hubungan di antara agama di India.
Akta yang diperkenalkan kerajaan BJP jelas mengetepikan Muslim dalam proses pendaftaran kerakyatan.
Kehadiran 200 juta Muslim yang bermastautin di seluruh india sejak ratusan tahun tidak disenangi oleh puak fanatik nasionalis BJP dan RSS.
Banyak kes mob lynching (pembunuhan massa) yang menyasarkan Muslim berleluasa di India, termasuk oleh puak cow vigilante iaitu kumpulan pelindung lembu yang menyerang orang Islam hanya kerana mereka memakan daging yang dihalalkan agama.
Justeru kami mengesa kerajaan India berhenti menegangkan hubungan antara kaum dan agama.
Kami juga mengesa kerajaan India sedar implikasi daripada akta itu yang akan memberi kesan negatif kepada keharmonian hubungan antara agama di India.
Pandangan Mahathir dibuat beliau hanya untuk mengingatkan India supaya jangan mengetepikan hak golongan minoriti.
MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah presiden Mapim

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.