Terima ulasan negatif, filem 'Cats' disunting semula selepas seminggu ditayangkan
FILEM "Cats" yang baru ditayangkan minggu lalu telah disunting semula oleh pengarahnya Tom Hooper dan diterbitkan semula ke pawagam.
Ini berikutan ulasan buruk filem itu yang diterima daripada pengkritik filem di seluruh dunia.
Filem itu dilaporkan dikemas kini kerana Hooper tidak berjaya menyelesaikan suntingan pada hari tayangan perdananya, iaitu pada Isnin minggu lalu.
Kandungan keseluruhan filem itu tidak berubah, namun beberapa kesan visual dikatakan telah ditambah baik.
Walaupun Hooper merupakan pemenang Anugerah Akademi 2010 bagi hasil arahannya menerusi filem "The King's Speech" yang juga memenangi Filem Terbaik tahun tersebut, namun filem Cats yang diadaptasi daripada muzikal Broadway garapan Andrew Lloyd Webber ini hanya menerima rating 19 peratus di Rotten Tomatoes.
Salah seorang pelakon, Jason Derulo, tidak bersetuju dengan ulasan negatif yang diterima.
"Ulasan tidak penting. Filem itu sendiri merupakan satu hasil seni yang hebat dan berani," kata Derulo kepada portal TMZ.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.