TAHUN lalu, pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkan
Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal – sama ada
ia akan mentadbir sekurang-kurangnya dua tahun atau separuh penggal.
Ternyata apa yang diramalkan bekas timbalan menteri pertahanan itu tepat apabila PH tumbang pada akhir Februari.
Enam bulan selepas ramalan itu terbukti benar, Liew enggan meramalkan
bila PH akan kembali berkuasa atau berapa lama Perikatan Nasional (PN)
akan bertahan.
Namun Liew menyatakan pandangannya – kerajaan persekutuan selepas
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan sama seperti sebelumnya dalam
sejarah politik Malaysia.
Tiada lagi satu parti yang berkuasa sebagaimana Umno mendominasi gabungan Barisan Nasional.
Perdana menteri tidak lagi dilantik secara automatik daripada satu
parti – sebagaimana enam bekas presiden Umno – tetapi calon yang
dipersetujui oleh semua parti dalam gabungan, kata Liew.
“Kebiasaan baharu” dalam politik ini dicipta PH dan ia mencerminkan pendirian gabngan itu hari ini, kata Liew.
PH hanya memerlukan tiga kerusi dengan majoriti Parlimen untuk
kembali namun tidak bersetuju dengan sekutu Parti Pejuang Tanah Air
Malaysia (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) mengenai calon
perdana menteri.
Pemimpin PH, Khalid Samad dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gabungan
itu kini aktif mengejar tiga kerusi Parlimen dan secara agresif
memantau kerajaan PN.
Namun, mereka mengakui calon perdana menteri menjadi rintangan
gabungan itu dan sekutu pembangkang kini berusaha untuk mengatasinya.
“Kebuntuan politik bukan sahaja berlaku dalam PH. PN turut menghadapi
cabaran yang sama sebagaimana yang dilihat dalam Bersatu dan
Umno dilihat bertelagah untuk menguasai kerajaan,” kata Liew yang juga
pengarah pendidikan politik DAP.
Oleh kerana Umno terbiasa menjadi yang berkuasa di antara sekutunya
sepanjang perjalanan politiknya, ia bergelut untuk menerima bahawa ia
berada dalam kerajaan yang mana perdana menteri dan timbalan bukan
daripada parti itu, katanya.
PH mempunyai peluang dalam landskap politik baharu yang mana parti
politik sama kuat bekerjasama dalam satu gabungan namun ia masih sukar
kerana dinamik seperti itu adalah masih baru.
“Malaysia masih belum membentuk budaya atau struktur politik bagi
menggantikan pemerintahan satu parti kerana sejak merdeka hanya itu
sahaja yang kita ada,” kata Liew.
“Ia adalah sebuah budaya yang perlu disemai dalam semua parti politik
dan penjawat awam, masyarakat sivil dan juga pengundi. Ia bukan sesuatu
yang boleh dibuat dalam tempoh yang singkat.”
Bercakap benar untuk berkuasa
Selepas kerajaannya tumbang, hanya tinggal tiga parti dalam PH iaitu PKR, DAP dan Amanah.
Mohamed Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin menubuhkan PN bersama bekas pesaingnya Umno, PAS dan GPS.
Dalam usaha untuk kembali berkuasa, PH menubuhkan gabungan tak rasmi
dipanggil “Pakatan PLUS” bersama Warisan dan Pejuang – yang
ditubuhkan bersama bekas ahli Parlimen Bersatu yang setia dengan bekas
perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pakatan PLUS kini mempunyai 109 ahli Parlimen manakala kerajaan PN mempunyai majoriti tipis 112 kerusi di Dewan Rakyat.
PH menamakan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri
manakala Warisan dan Pejuang mahukan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, pakatan tidak pernah
berputus asa dalam usaha untuk menawan kembali Putrajaya kerana rasa
bertanggungjawab untuk kembalikan mandat rakyat pada PRU14.
“Persoalannya sekarang bagaimana kita mahu mendapatkan tiga kerusi?
Kita masih cuba mendapatkannya walaupun ia tidak dibincangkan secara
terbuka. Kami bertanggungjawab untuk memastikan kerajaan disemak,”
katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Khalid berkata kem Anwar dan puak Dr Mahthir dalam Pakatan PLUS
mencari keajaiban dan sekiranya ia berlaku, rundingan untuk calon
perdana menteri akan dibuat semula.
“Namun sementara menunggu ia berlaku, kami tetap bersedia untuk
berdepan kemungkinan PRU15 diadakan awal dan kita sedang mainkan peranan
di Parlimen.
“Kita sudah mengarahkan ahli akar umbi untuk memulakan jentera dan
mengumpul data untuk pilihan raya umum. Pilihan raya kecil Slim adalah
cara terbaik untuk mempersiapkan jentera kita.”
Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi berkata ia bukan mudah untuk
menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan namun PKR percaya ia perlu
dilakukan.
“Kami di PKR percaya untuk memainkan dua peranan tersebut – untuk
kembalikan mandat dan menjadi pembangkang yang efektif. Kami turut
berkempen secara agresif untuk membantu rakan kami Warisan kekal di
Sabah,” katanya merujuk kepada pilihan raya negeri Sabah yang
dijadualkan 26 September ini.
“Kita perlu semak kerajaan berkuasa sementara cuba untuk kembali berkuasa,” kata ahli Parlimen Setiawangsa itu
Masalah Pakatan cermin masa depan Malaysia
Reviewed by editorreformis
on
September 01, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Parlimen...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.