Umno
didakwa turut menamakan calon sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan
Yang di-Pertua Dewan Negara walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
sudah mencadangkan Dr Rais Yatim.
Hal itu menarik perhatian kerana
ia membayangkan Umno sendiri tidak menerima pencalonan Rais walaupun
pemimpin Bersatu Negeri Sembilan itu asalnya dari parti mereka.
Menurut sumber, asalnya Muhyiddin menamakan Rais pada pertengahan Ogos lalu
.
Bagaimanapun
katanya, belajar daripada insiden penukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat
baru-baru ini, pembangkang juga mengemukakan calon sendiri.
Justeru dua nama ditampilkan masing-masing Senator Yusmadi Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind.
Yusmadi
dicadangkan oleh anggota Dewan Negara dari Negeri Sembilan, Ahmad Azam
Hamzah, manakala nama Lind - yang merupakan wakil Warisan dari Sabah -
dikemukakan Senator Marzuki Yahya.
Sumber mendakwa Umno tampil
mengemukakan nama keempat pada saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum
Dewan Negara bersidang pada 2 Sept.
"Pada 31 Ogos seorang
senator Umno mencadangkan nama Mohamad Ali Mohamad untuk dipilih
menggantikan SA Vigneswaran," katanya kepada Malaysiakini.
Mohamad Ali
Kata
sumber itu, pada asalnya tidak nampak ada masalah untuk semua parti
kerajaan menerima Rais sebagai calon bersama, namun perjalanan politik
bekas timbalan presiden Parti Semangat 46 itu akhirnya tidak disenangi.
"Rais sudah menjadi 'musuh bersama' buat banyak parti, sama ada pembangkang atau Umno," katanya.
Untuk
rekod, selepas Semangat 46 dibubarkan, Rais bersama pemimpin lain parti
itu menyertai Umno. Bagaimanapun dia kemudian menukar partinya sekali
lagi dengan menyertai Bersatu.
Bekas presiden Semangat 46, Tengku
Razaleigh Hamzah, bagaimanapun kekal bersama Umno ketika ini dan
dilantik sebagai pengerusi jemaah penasihat parti berkenaan.
Sementara itu Muhamad Ali yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan dia tahu namanya mahu dicalonkan untuk mengisi kekosongan yang ada di Dewan Negara.
"Tetapi
saya tak pasti sama ada nama saya benar-benar diserahkan secara rasmi
ke Dewan Negara untuk dipertimbangkan atau tidak," katanya.
Umno pula serah nama 'cabar' Rais di Dewan Negara?
Reviewed by editorreformis
on
September 01, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.