PRU15: Ruang untuk Bersatu melangkah kian sempit
Ketika hubungan Perikatan Nasional (PN) menjadi semakin
rumit, dimensi baru dalam hubungan Umno dan Bersatu muncul yang
memungkinkan hubungan kerjasama mereka semakin mencabar.
Anggota MT Umno, Zahidi Zainul Abidin, memberitahu wartawan pada Rabu lalu bahawa BN - sebuah gabungan yang dipimpin Umno - akan meletakkan calon untuk setiap kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Ia bermaksud, calon Umno akan tetap diturunkan di kerusi yang kini dipegang oleh anggota parlimen Bersatu.
Ketika dihubungi Zahidi menjelaskan bahawa asas yang ditetapkan oleh MT Umno untuk perundingan kerusi - membabitkan semenanjung Malaysia - adalah seperti berikut:
- BN mesti meletakkan calon untuk semua 51 kerusi yang dimenanginya pada 2018;
- BN tidak akan meletakkan calon untuk 13 kerusi yang dimenangi Bersatu pada 2018; dan
- BN akan meletakkan calon untuk sebarang kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan Amanah pada 2018 dan jumlah undi menunjukkan BN menduduki tempat kedua.
.
Pertama, daripada 31 ahli parlimen Bersatu sekarang, 15 merupakan bekas anggota Umno yang memenangi kerusi berkenaan menggunakan tiket BN sebelum melompat pada 2018 dan 2019.
Kedua, daripada 31 ahpi Parlimen Bersatu itu juga, 10 asalnya memenangi kerusi masing-masing menggunakan tiket PKR dan berada di tempat kedua dari segi jumlah undi ialah BN.
Satu daripada 12 kerusi
Bagaimanapun ketetapan Umno bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di kerusi yang mereka gagal menduduki tempat pertama atau kedua pula membuka beberapa peluang kepada Bersatu.
Berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu, terdapat 12 kerusi yang menunjukkan BN tidak menduduki tempat pertama (menang) atau kedua.
Bagaimanapun, PAS memenangi satu daripada 12 kerusi tersebut, manakala berada di tempat kedua untuk 10 kerusi lain.
Satu-satunya kerusi terkecuali daripada ketetapan yang dibuat Umno itu untuk Bersatu ialah di Keningau, Sabah.
Masalahnya kemungkinan besar kerusi tersebut tidak akan dituntut Bersatu kerana sekutu PN, Parti Bersatu Sabah (PBS) mempunyai sejarah yang lebih menonjol di situ.
Sekiranya
Umno dan BN tidak mahu berganjak daripada pendirian mereka ketika ini,
bermakna ruang untuk Bersatu di Semenanjung Malaysia memang ada namun
begitu sempit.
Selain meminta Umno untuk mengalah, satu pilihan lain ialah Bersatu berunding dengan PAS untuk mendapatkan 12 kerusi tadi.
Oleh itu, sasaran yang ada untuk Bersatu ialah kerusi PKR - yang kini mempunyai 34 ahli parlimen di Semenanjung Malaysia - dengan kebanyakan mereka mewakili kawasan pengundi bercampur-campur dengan jumlah Melayu signifikan.
Sekiranya strategi ini diambil, maka Bersatu akan melakukan anjakan besar berbanding 2018 apabila mereka meletakkan 54 calon di Semenanjung Malaysia bagi kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
Apa pun, ketika pemimpin Umno dan PAS terus memalu gendang untuk PRU diadakan segera, detik Bersatu untuk mendapat lebih daripada 13 kerusi yang mereka menangi pada 2018 kini kian suntuk.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.