PENGALAMAN saya dan keluarga menyusuri laluan Kota Kinabalu ke
Semporna di Sabah baru-baru ini cukup memeritkan. Kebiasaannya
perjalanan menggunakan bas ekspres hanya membabitkan jarak 565 kilometer
(km), namun kali ini berubah lebih jauh sehingga 770km.
Pertambahan jarak sehingga 205km berpunca kejadian tanah runtuh di
Kilometer (KM) 96.7 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, menyebabkan laluan ke
Semporna itu terputus. Akibatnya, perjalanan yang sepatutnya mengambil
masa antara lapan hingga sembilan jam berlarutan sehingga lebih 17 jam.
Hari itu, kami bertolak sekitar jam 7.30 malam dan mengikut jadual akan
sampai di Semporna antara 3 pagi hingga 4 pagi keesokan harinya. Namun,
kami hanya tiba di daerah terkenal dengan destinasi percutian terkenal
dunia itu pada jam 12.40 tengah hari.
Melihatkan keperitan yang terpaksa dilalui itu, mendedahkan betapa perlunya pembinaan semula Lebuhraya Pan Borneo disegerakan.
Jalan
terputus di KM96.7 Jalan Kundasang Ranau, berpunca kejadian tanah
runtuh menyebabkan pengguna menggunakan laluan alternatif di utara Sabah
ke Pantai Timur negeri itu, pada Disember lalu. - Ihsan Facebook Info
Lalu Lintas Sabah Ia
selari dengan apa yang diperkatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Madius Tangau, pada Oktober lalu, yang mahu pembinaan lebuh raya
yang tertangguh hampir setahun itu segera dimulakan semula, demi
kepentingan rakyat yang mengimpikan perhubungan jalan raya moden.
Sebelum ini, media melaporkan pembinaan fasa satu sejauh 706km lebuh
raya itu setakat 21 September lalu - selepas penamatan perjanjian rakan
pelaksana projek (PDP) - menyaksikan hanya 12 daripada 35 pakej
diberikan kepada kontraktor.
Berbalik kepada keperitan dialami
saya dan keluarga, ia bukan kali pertama. Sebaliknya ia ibarat ulangan
setiap kali musim hujan menyebabkan ratusan kenderaan dalam laluan
menghubungkan Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah terkandas.
Ketika laluan terputus tempoh hari, sekumpulan 10 pengendali bas ekspres
terpaksa menggunakan laluan alternatif menuju utara Sabah, sebelum
menghala Pantai Timur.
Dari Kundasang, bas ekspres kami naiki
berpatah balik ke Jalan Pintas Ranau yang menghubungkan Ranau dengan
Kota Belud seterusnya dari Kota Belud ke Kota Marudu, Tandek, Pitas,
Sapi Nangoh, Kanibongan, Sugut, Labuk, Telupid, Beluran dan tiba ke
check point Batu 32, Sandakan pada jam 7.40 pagi.
Mujur tiada
jalan raya jerlus yang kebiasaannya berlaku di sekitar Kampung
Manggaris, Kota Marudu atau banjir di Jalan Pintas Kudat di Kampung
Sembirai, Kota Belud. Kalau kejadian ini berlaku pastinya perjalanan
mengambil masa sehingga tiga hari.
Sepanjang perjalanan itu,
kelihatan masih banyak laluan batu kerikil dan berlopak, selain jalan
kampung menyebabkan pemandu perlu berhati-hati. Perjalanan seterusnya ke
Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan berakhir di Semporna.
Di
sebalik kepenatan menempuh perjalanan jauh, banyak sebenarnya lokasi
percutian menarik sepanjang jalan yang dikategorikan ‘permata
tersembunyi’ yang tidak rugi untuk dikunjungi sempena Tahun Melawat
Malaysia 2020 (TMM2020).
Ini termasuk Nohutu Eco-Tourism di
Kampung Melangkap, Kota Belud dengan pengunjung berpeluang untuk merasai
pengalaman bermalam di pondok yang diperbuat daripada buluh di tebing
sungai berlatarkan Gunung Kinabalu.
Di Pulau Mantanani pula
pengunjung berpeluang berenang bersama dugong, selain di destinasi ini
juga ada plankton berwarna biru yang mengeluarkan cahaya kebiruan
apabila terkena pancaran cahaya bulan.
Di Jeti Wawasan Kampung
Nanamun, pengunjung berpeluang melihat keindahan kampung nelayan
tradisional masyarakat Iranun yang terkenal dengan kraf tangan unik
serta pengunjung boleh menyertai aktiviti river cruise yang disajikan
dengan panorama matahari terbenam, selain spesies monyet berhidung
mancung dikenali monyet bangkatan atau proboscis monkey dan kelip-kelip.
Di Pitas pula ada timbunan batu karang yang timbul secara semula jadi
atau Floating Coral Bar, selain legenda Kapal Nakhoda Supirak, iaitu
pulau batu menyerupai sebuah kapal dikatakan ada objek seperti manusia,
tali, meja dan lain-lain yang bertukar menjadi batu.
Pemandangan
sekitar perairan Semporna dari puncak bukit di Pulau Bohaydulang yang
kini menjadi daya tarikan terbaharu Semporna, sekaligus antara destinasi
pelancongan sesuai dikunjungi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. -
NSTP/Mohd Azrone Sarabatin
Semporna yang sememangnya popular sebagai destinasi pelancongan
bertaraf dunia, sebenarnya mempunyai destinasi menakjubkan yang belum
dikenali, antaranya Pulau Bohey Dulang.
Saya dan keluarga sempat
berkunjung ke destinasi berkenaan dan tidak melepaskan peluang mendaki
puncak bukit setinggi 700 meter di pulau itu untuk menikmati panorama
indah sekitar perairan Semporna dan Kunak.
Begitulah, di sebalik
jalan raya yang serba kekurangan dan menuntut pembinaan semula Lebuhraya
Pan Borneo disegerakan, dapat juga menikmati pemandangan indah yang
sesuai dikunjungi sempena TMM2020.
Antara Lebuhraya Pan Borneo dan lokasi pelancongan tersembunyi
Reviewed by editorreformis
on
Januari 07, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh NORDEN MOHAMED | Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mer...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.