https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa asas pertimbangan Peguam Negara untuk menutup terus kes tersebut?

Oleh Jamzuri Ardani

Peguam Negara, Tommy Thomas perlu menjelaskan kepada rakyat asas yang lebih kukuh di atas keputusan beliau untuk menutup kes video klip Sandakan.

Alasan yang menyebut identiti individu-individu di dalam video tersebut gagal dikenalpasti agak sukar diterima rakyat.

Terdapat hanya dua individu di dalam klip video tersebut yang telahpun disahkan sebagai tulin oleh pihak berotoriti.

 Salah seorang individu tersebut telahpun mengaku bahawa beliau adalah individu yang dirakam dalam video tersebut.

 Malah beliau juga telah menamakan identiti individu yang bersama beliau.

Soalnya, sudahkah pihak polis memanggil kedua-dua individu tersebut untuk disoal siasat.

Oleh kerana video klip itu tulin, mana mungkin tiada kes ke atas mana-mana individu.

Sekiranya individu yang mengaku itu bercakap benar, pasti ada pihak yang didakwa.

 Dan sekiranya individu yang mengaku itu bercakap bohong, itupun pasti ada yang patut didakwa.

Mana mungkin dia tidak berbohong dan tidak juga bercakap benar dalam satu-satu perkara.


Apa asas pertimbangan Peguam Negara untuk menutup terus kes tersebut? Ini membingungkan rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.