Dr M samakan dedah klip audio dan tunjuk harta Najib disita SPRM
LANGKAWI: Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan
rakaman perbualan 9 didakwa antara Najib Razak dan beberapa pegawai
kerajaan, tiada beza dengan pendedahan hasil rampasan harta bekas
perdana menteri itu 2 tahun lalu.
Perdana menteri berkata, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang dirampas dalam serbuan di Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018 ditunjukkan kepada orang ramai.
“Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza…Kita tidak sembunyi daripada orang ramai sehingga sampai ada perbicaraan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2020 di sini, malam ini.
Beliau mengulas tindakan Latheefa mendedahkan 9 klip perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan Najib dan beberapa individu lain Rabu lalu.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada Sabtu meminta Latheefa memberi
penjelasan lanjut mengenai pendedahan itu kerana ia mengundang kritikan
sesetengah pihak, termasuk rakyat.
Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap tidak beretika, Mahathir berkata: “Apa yang tidak beretika itu?”
Perdana menteri berkata, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang dirampas dalam serbuan di Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018 ditunjukkan kepada orang ramai.
“Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza…Kita tidak sembunyi daripada orang ramai sehingga sampai ada perbicaraan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2020 di sini, malam ini.
Beliau mengulas tindakan Latheefa mendedahkan 9 klip perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan Najib dan beberapa individu lain Rabu lalu.
Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap tidak beretika, Mahathir berkata: “Apa yang tidak beretika itu?”




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.