Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau
menasihati menteri pelajaran itu supaya berundur daripada kabinet tetapi
menegaskan bahawa ia bukan disebabkan beliau sudah melakukan banyak
kesalahan.
Sebaliknya, kata Dr Mahathir, sepanjang memegang jawatan, Maszlee juga ada melakukan perkara baik.
Adalah
dilaporkan sebelum ini bahawa surat yang dikatakan ditulis oleh Dr
Mahathir mendedahkan bahawa Maszlee diminta untuk berhenti kerana gagal
mematuhi arahan kabinet dan sering meletakkan Putrajaya dalam kedudukan
yang sukar.
"Surat
yang saya tulis kepada beliau (Maszlee) telah disebarkan kepada umum
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang kamu dapat lihat
ada banyak sebab. Saya tidak kata semua yang beliau lakukan adalah
salah.
"Terdapat beberapa perkara yang beliau lakukan adalah
betul, tetapi atas sebab-sebab yang lain, saya berpendapat adalah perlu
untuk beliau meletak jawatan, beliau bersetuju dan beliau meletak
jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media
sempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah
(JKKMAR) di Putrajaya, hari ini.
Mahathir juga ditanya wartawan mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan menteri pendidikan.
“Bagi pengisian jawatan menteri pendidikan ini akan ditentukan oleh saya kerana ini adalah kuasa prerogatif saya,” katanya.
Maszlee yang juga ahli parlimen Simpang Renggam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan, Khamis lalu.
Susulan
itu, ada pihak mendakwa keputusan itu ada kaitan dengan rancangannya
untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di
Putrajaya seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pembukaan pusat itu
dicadangkan susulan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ke
Malaysia pada 2017, namun dibatalkan pada Ogos 2018 selepas Pakatan
Harapan mengambil alih pentadbiran negara.
Maszlee dalam laman
Twitternya hari ini turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah kerana
beliau tidak pernah membincangkan perkara itu semasa berkhidmat sebagai
menteri pendidikan dan pusat itu tiada kaitan dengan kementerian itu.
Hari ini, Dr Mahathir turut mengesahkan peletakkan jawatan Maszlee tiada kena mengena dengan perkara itu.
‘Dr Maszlee juga ada lakukan perkara baik’
Reviewed by editorreformis
on
Januari 07, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh NORDEN MOHAMED | Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mer...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.