Hiasan berlebihan? Sekolah kontroversi meriah rai semua kaum
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Sekolah yang terpalit dengan isu tanglung
sehingga kini terus dikecam orang ramai kerana didakwa merayakan Tahun
Baharu Cina secara berlebihan.
Namun tanpa diketahui, berdasarkan gambar yang dimuat naik timbalan menteri pendidikan, sekolah berkenaan menyambut perayaan lain juga dengan meriah.
Menerusi foto tersebut, kelihatan para guru SMK Pusat
Bandar Puchong 1 sedang bergambar dengan pelbagai hiasan megah Hari Raya
Aidilfitri dan Deepavali.
Sementara itu, menurut Teo Nie Ching, sekolah berkenaan sejak dulu lagi membuat sambutan seperti itu.
“SMK
Pusat Bandar Puchong 1 telah bertahun-tahun mengadakan sambutan
perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan pelbagai perayaan
lain,” tulisnya di Facebook.
“Sekolah
adalah tempat di mana kita mendidik anak-anak bukan sahaja dari segi
akademik, malah tentang kepelbagaian di negara kita. Toleransi dan
saling menghormati walaupun berbeza bangsa, agama mahupun budaya.
“Usaha pengetua, guru-guru dan murid sekolah ini sewajarnya diberi pujian.”
Sekolah tersebut baru-baru ini dikritik kerana didakwa membuat hiasan Tahun Baru Cina yang terlalu meriah dan menyakitkan mata.
Hingga ada beranggapan keadaan sekolah itu umpama gedung perniagaan milik China, bukan lagi tempat pembelajaran.
Ekoran kritikan tersebut, beberapa menteri hadir ke sekolah itu mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan sokongan.
Namun tanpa diketahui, berdasarkan gambar yang dimuat naik timbalan menteri pendidikan, sekolah berkenaan menyambut perayaan lain juga dengan meriah.
Sementara itu, menurut Teo Nie Ching, sekolah berkenaan sejak dulu lagi membuat sambutan seperti itu.
“Usaha pengetua, guru-guru dan murid sekolah ini sewajarnya diberi pujian.”
Sekolah tersebut baru-baru ini dikritik kerana didakwa membuat hiasan Tahun Baru Cina yang terlalu meriah dan menyakitkan mata.
Hingga ada beranggapan keadaan sekolah itu umpama gedung perniagaan milik China, bukan lagi tempat pembelajaran.
Ekoran kritikan tersebut, beberapa menteri hadir ke sekolah itu mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan sokongan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.